Kalau anda sering mebeli barang keperluan dapur di pasaray-pasaraya besar, anda akan nampak pada bahagian sayuran suatu rak khas untuk meletakkan semua jenis tanaman organik.
Biasanya harga tanaman organik ini agak mahal sedikit daripada harga sayuran biasa. Memang sayuran biasa nampak cantik dan lebih besar saiznya daripada sayuran organik. Ini kerana sayuran yang ditanam secara moden untuk tujuan komersial banyak menggunakan racun dan juga baja kimia.
Tanaman orhanik pula lebih terarah kepada tanaman secara tradisional yang memberikan penekanan kitaran alam sekitar dalam mengurukan pembajaan dan juga kawalan serangga. Yang paling penting sekali adalah ia lansung tidak menggunakan racun serangga serta baja kimia.
Kajian terbaru menunjukkan bahawa ibu mengandung yang terdedah kepada racun serangga jenis organophospat bakal melahirkan anak yang kurang cerdas IQnya. Organophospate adalah jenis racun serangga yang banyak digunakan dalam industri pertanian.
Sayur yang kita makan daripada hasil pengunaan organophospat ini sedikit sebanyak akan ada pada sayur atau tanaman yang kita makan. Ini lansung tidak baik untuk kesihatan. Baca laporannya di sini.
Banyak tanaman secara organik diusahakan oleh petani-petani di negara kita sekarang, terutamanya oleh kaum cina. Terdapat juga rangkaian barangan organik yang banyak sekarang diusahakan oleh pencinta alam sekitar dan juga mereka yang peka kepada kesihatan sekarang. Salah satu rangkaian kedai barangan organik yang besar di bandaraya dimiliki oleh kumpujlan berjaya group.
Moga lebih ramai orang melayu kita akan menceburi industri yang semakin popular ini. Organik farming di Indonesia sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !