Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

03 April 2011

Mazidul Komplain Kedai Puncak Mutiara Cafe Servis Lembab !

  Ano Nyme       03 April 2011
Kedai duduk dalam hutanpun boleh laku !
Kenapa dok tak duduk saya nak tulis cerita berkenaan komplain Mazidul, seorang wartawan penyiaran TV3 terhadap sebuah kedai bernama Puncak Mutiara Cafe.

Kedai ini terletak di Kampung Pelet, iaitu salah sebuah kampung dalam kariah masjid Kubang Semang, kampuing saya dan ayah saya serta tok nek saya lah tu, sebab itu saya terasa nak tulis.

Memang kita manusia ni tak dapat lari dari sentimen asal usul kita, kata orang tempat terjatu lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.


Kedai unik ini berlawanan dari prinsip lokasi strategik sebuah restoran kerana ia berada jauh ke dalam kampung. Sesiapa yang lalu jalan utamanya, jika tak diberitahu terlebih dahulu kewujudan kedai ini, jangan harap nak jumpa.

Kalau saja-saja nak masukpun ikut lorong gelap jalan kampung tu, kalau orang luat tak akan buat kerja gila macam tu. Tapi peliknya, restoran tersebut sentiasa mempunyai ramai pelanggan, tentu tuan punya restoran tersebut punyai teknik pemasarannya yang tersendiri dan hebat.

Memandangkan Tuan Mazidul dah komplain, sedikit sebanyak ia dapat memalitkan imej yang agak buruk terhadap reputasi kedai tersebut, jadi lain kali jika tengok seorang wartawan yang ramai kenal dan ada blog yang ramai pengunjung pulak, tuan kedai kena cepat-cepat tutup kedai jangan bagi dia masuk.

Kalau tak mau buat begitu, pastikan anda layan dia bertaraf 5 bintang, tentu dia puji melambung kedai kita dan makin terkenal jadinya.

Baca coretan Mazidul kat sini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Mazidul Komplain Kedai Puncak Mutiara Cafe Servis Lembab !

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Nak cepat pi la restoran makanan segera... cepat la. Nak minum air kosong - air paip ada.... teguklah semahu-mahu mu. Kalau di Selangor boleh teguk sebanyak 20 m3... free. Kalau tukang masak buat cincai... dia komen tak sedap...

    botak...botak... boroi...boroi.... lidah wartawanlah katakan.

    ReplyDelete
  2. mazidul tu mmg terkenal dgn mulut sial dia. mcm lah dia bagus sgt. aku rasa dia tu wartawan xbertauliah. haha muka mcm tongkang pecah, kalau family aku tgk muka dia kt tv3 terus tukar channel

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !