Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 April 2011

Pekan Sungai Lembing

  Ano Nyme       04 April 2011
Suasana waktu petang dalam Pekan Sg
Lembing.
Jika anda mahu melihat bagaimana rupa El-Dorado asia, pergilah melawat ke pekan Sungai Lembing, Pahang. Ia merupakan satu pekan paling kaya, moden dan termaju suatu masa dahulu di negeri pahang ketika harga bijih timah dunia masih baik.

Kini semua kegemilangan suatu masa dulu telah malap, pekan tersebut menjadi seperti pekan koboi yang ditinggalkan. Banyak kedai-kedai yang telah ditutup. banyak bangunan serta rumah telah ditinggalkan.

Sungai lembing merupakan tempat terletaknya sebuah lombong bijih timah bawah tanah yang paling dalam dan juga paling besar di dunia. Jika anda rasa jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dah agak jauh, maka begitu jugalah jarak terowong lombong bijih timah yang ada di bawah tanah itu.


Jarak terowong yang ada keseluruhannya adalah sepanjang 322 km !!!. Di dalam terowong itulah suatu masa dahulu para pekerja lombong berlalu lalang masuk dan keluar mengeluarkan hasil bumi yang amat maham suatu masa dahulu.

Lombong Bijih di situ pada awalnya dibuka oleh Lim Ah Sam pada tahun 1868. Kemudia pada tahun 1887 ia mula diusahakan secara intensif oleh syarikat The Pahang Corporation Limited, sebuah syarikat yang dikuasai oleh British. Ia ditutup terus dari operasi pada bulan September tahun 1986 akibat dari merudumnya harga bijih timah di pasaran.

Jalan masuk ke terowong
Apa yang tinggal sekarang hanyalah sebuah muzium yang merupakan bekas rumah pengurus lombong tersebut suatu masa dahulu yang merupakan orang putih. Didalamnya dipamerkan bekas-bekas peralatan yang pernah digunakan dulu.

Lombong yang masih ada di bawah tanah tersebut telah dipenuhi air dan tidak dapat serta bahaya untuk dimasuki akibat tidak dipelihara dan dijaga dengan baik. Generator yang digunakan untuk mengepam air semua keluar berada didalam tanah dan sudah tidak dapat digunakan lagi.

Kalau diluar negara yang maju saya yakin Pekan Sg Lembing ini sudah dapat menjana berjuta-juta ringgit hasil daripada aktiviti pelancongan. Pekan ini memang indah, sejuk dan banyak daya tarikan lain. Terlalu rugi jika tidak diekploitasikan oleh kerajaan negeri dengan baik.

Apalah malangnya bangsa Melayu kita di negara ini, sudahlah lombong dibuka oleh orang Cina, kemudia di ambil alih oleh orang putih, kemudia apabila ditinggalkan tapak bekas lombong sebagai salah satu benda hebat di dunia pun masih lagi kita tidak mampu atau tidak tahu mengeksploitasikannya.

Rumah lama terbiar begitu saja atas bukit
lombong.
Antara yang boleh kita buat di pekan koboi tersebut adalah:

  1. Segera memulihkan lombong serta keseluruhan kawasan sejarah dipekan tersebut dan tukarkannya sebagai pusat pelancongan.
  2. Pastikan lombong tinggalan tersebut selamat dan segala terowongnya selamat untuk digunakan semula. Adakan perkhidmatan kereta api yang menarik para pelancong masuk menyelusuri lalauan sedalam 322 km tersebut.
  3. Adakan chalet atau tempat menginapan di dalam terowong bagi mereka yang berani serta mahu bermalam di dalamnya. Mungkin boleh di adakah pekan di dalam tanah lombong tersebut???
  4. jadikan kawasan indah sekeliling pekan tersebut seperti bukit panorama, sungai kenau dan lain-lain sebagai kawasan penempatan mewah dan kawasan istirehat para-para artis, penulis, jutawan, ahli perniagaan yang berjaya dan lain-lain.
Rumah lama atas bukit lombong yang telah ditinggalkan
Acuan mesin

Basikal lama 

Muzium

Gerai makan di Pekan Sg Lembing. Kami makan roti
canai banjir petang itu cukup sedap. Kuah dal yang
dicampur dengan kuah serta isi sardin buat saya
tambah 2 pinggan

Suram !, banyak kedai yang gulung tikar

Masjid di Pekan Sg Lembing

Sungai Lembing merupakan kawasan perkelahan hujung minggu

Titi melintas Sungai Kenau untuk masuk ke dalam kampung

Pemandangan Pekan Sg Lembing dari Musium yang berada atas bukit

Begini rupa terowong masuk dalam lombong tersebut

Peti/Beg besi lama

Radiao lama




logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Pekan Sungai Lembing

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !