Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 May 2011

Coca-Cola Sambut Ulangtahun ke 125 !

  Ano Nyme       10 May 2011
Bermula pada 8hb May, 1886 sebagai minuman ubat untuk pening kepala dan keletihan, ia menjadi minuman yang semua orang kenal di seluruh dunia. Pada awal penjualannya coca-cola hanya mancatatkan jualan sebanyak 9 gelas sehari.

Pada tahun lepas jualan Coca-cola mencapai USD35 billion dengan keuntungan lebih daripada USD12 billion. Sesuatu yang luar biasa untuk memikirkan bagaimana sebuah syarikat yang hanya menjual air minuman menempa kejayaan sedemikian. Ia adalah salah satu dari 100 syarikat terbaik dunia.

Tak adakah suatu jenis minuman yang boleh kita keluarkan dan membinanya menjadi seperti coca-cola. Mungkin air daun ketum boleh dijadikan sebagai bahan ujian dengan diolah sebagai minuman yang sedap dan menjadi penawar kepada keletihan.

Tentu ada kelebihan daun ketum tersebut pada orang-orang kampung yang biasa menggunakannya sebagai minuman penahan sakit. Kita tidak sepatutnya menebang semau pokok ketum dan mengaggapnya sebagai masalah.

Berita asal di sini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Coca-Cola Sambut Ulangtahun ke 125 !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !