Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 May 2011

IBM Potong Microsoft Dalam Nilai Pasaran Semasa!

  Ano Nyme       26 May 2011
IBM memotong Microsoft dalam persaingan mereka menguasai nilai pasaran semasa dengan USD 203.8 billion berbanding nilai pasarsan semasa Microsoft USD203.7 billion.

IBM tidak pernah mendahului Microsoft sejak tahun 1996 apabila seluruh dunia percaya dengan teori Bill Gate bahawa industri software lebih bernilai tinggi berbanding industri hardware.

Tapi sekarang nampaknya industri software mula menguncup berbanding dengan industri hardware. Apple mendahului semua syarikat berteknologi tinggi dengan nilai pasaran semasanya mencecah USD309.2 billion.

Menarik untuk melihat bagaimana nilai pelaburan berkembang bagi kedua-dua syarikat tersebut. Jika anda melabur USD100,000 sepuluh tahun lalu pada Microsoft, nilai pelaburan tersebut hanyalah sebanyak USD 69,000 sahaja sekarang. Tetapi jika anda melabur pada IBM ianya meningkat kepada USD143,000 sekarang ini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, IBM Potong Microsoft Dalam Nilai Pasaran Semasa!

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !