Tangga turun ke kawasan Teratak Malaya.
|
Janda kalau baik memang disukai ramai, terutamanya para duda. Begitu juga Janda Baik, sebuah perkampungan yang terletak di sempadan antara Selangor dan Pahang, merupakan salah satu destinasi yang disukai ramai. Bagi penduduk KL atau Selangor yang rindukan suasana kampung yang damai, Janda Baik merupakan salah satu destinasi yang paling dekat untuk dilawati.
Sungai merentangi kawasan penginapan amat sesuai untuk
mandian anak-anak.
|
Banyak orang-orang kenamaan yang telah membeli tanah-tanah di sekitar Kampung Janda Baik bagi dijadikan istana singgahan mereka. Mereka membina mahligai yang cukup hebat yang kalau dicongak bernilai jutaan ringgit, murah rezki mereka!.
Minggu lepas saya membawa keluarga keluar kembara hujung minggu sempena cuti hari buruh. Kami hanya keluar pada hari Ahad pagi dan membuat persediaan ringkas untuk bermalam di sana, Itupun jika masih ada tempat penginapan kosong yang murah untuk disewa.
Salah satu dari chalet yang dapat dilihat di sebelah kiri
ketika menuruni tangga.
|
Seperti yang dijangka banyak juga orang di sana, tapi masih banyak penginapan yang kosong. Bergantung kepada bajet yang kita ada, masih ada banyak pilihan.Pusing punya pusing, akhirnya membawa saya kepada sebuah resort yang baru dibuka dan masih tidak ramai yang mengetahuinya. Resort tersebut bernama Teratak Malaya. Teratak Malaya terletak betul-betul di tengah kampung di kelilingi oleh rumah orang kampung, jadi rasa macam duduk kat kampung dan taklah bertpa sunyi dan takut sangat.
Teratak yang kami sewa berada di bahagian atas. Di Bahagian
bawah adalah tandas umum.
|
Sungai mengalir merentangi Teratak Malaya yang terletak dalam kawasan tanah rendah di lembah kampung tersebut. Beberapa buah chalet dibina dengan menggunakan kayu berkonsepkan rumah kampung. Kemudahan chalet sederhana, bilik airnya baik dan cantik dan yang paling penting sekali harganya berpatutan.Kami sekeluarga mengambil rumah bertiang dengan hanya membayar RM100 untuk dua hari satu malam. Lihat beberapa koleksi gambar yang sempat dirakamkan di Teratak Malaya, Janda Baik.
Suasana di kawasan Teratak Malaya
|
Setelah memasuki rolong di celah rumah
orang kampung, kita akan sampai di sini
yang merupakan kawasan letak kereta
sebelum turun tangga ke Teratak Malaya
|
Dewan serbaguna
|
Pemandangan kawasan kampung di sebelah kawasan Teratak Malaya
|
Saya sempat meyelamatkan diri dari sekawan kerbau liar yang sudah mula
mahu menyerang ketika saya merayau seorang diri sepanjang sungai.
|
Salah satu lorong di Teratak Malaya
|
Semua chalet punyai siling sebegini.
|
Kerusi bersantai di depan kolam
|
Tangga naik ke atas chalet, kemas dan kukuh
|
Titi menghubungkan chalet ke bilik air
|
Bunga Teratai
|
Ladybird
|
Salam kenal...macam mana komen ttg Teratak Malaya nie,,,ok x??
ReplyDelete