Mangsa simbah acid di Kemboja |
Rupa-rupanya serangan atau tabiat simbah acid pada orang ini merupakan perkara biasa yang sering berlaku di serata dunia. Cuma sekarang ia menjadi-jadi di negara kita yang mengejutkan orang ramai. Ada berita kejadian wanita yang terjerit-jerit kerana terpercik air hujan yang bertakung di atas jalan dilanggar lori akibat disangkakan acid.
Kebiasannya acid yang digunakan adalah Acid Hidroklorik atau Acid Sulfurik. Ia mampu menyebabkan kerosakan pada tisu kulit. Mampu juga meresap sehingga ke tahap tulang. Ia meninggalkan kesan hodoh pada kulit dan mampu menyebabkan buta.
Kebiasannya acid di simbah pada bahagian muka mangsa dengan tujuan melepaskan geram atau dendam. Kes simbahan acid paling kerap berlaku di negara Kemboja, Afganistan, India, Pakistan, dan juga Bangladesh. bagi orang India simbah acid ini dah jadi macam perkara biasa. Dalam kebanyakan kes 70% daripada mangsa adalah wanita.
Ada pakar yang menyatakan bahawa ia juga ada berlaku di China dan juga Eropah. Oleh kerana bahaya kerja simbah acid ini, negara-negara maju mewajibkan penjualan serta pembelian acid ini dikawal secara berlesen.
Maklumat dibedal dari sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !