Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

09 July 2011

Sekitar Masjid Negara Dah Lebih Seribu Orang Berkumpul

  Ano Nyme       09 July 2011
Tidak dibenarkan solat !
Malaysia Kini melaporkan dah lebih seribu orang mula berkumpul di sekitar KTM dan Masjid negara. Jumlah anggota polis di kawasan tersebut adalah 400 orang siap dengan meriam air, dan lain-lain kelengkapan gempur demo.

Seorang tua yang mahu masuk bersolat di masjid dinafikan haknya dan dihalau seperti anjing. Oleh kerana bertegas nak bersolat orang tua tersebut akhirnya diberkas. Tentu dia boleh berbangga suatu hari nanti apabila ditanya kenapa engkau diberkas ?...dia boleh menjawab aku ditangkap kerana mahu menyembah Tuhan aku.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Sekitar Masjid Negara Dah Lebih Seribu Orang Berkumpul

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. lucu..dah sah2 kat tangan dia ada kaitan dgn bersih.. kalu nak bersolat kerana Allah buatlah kerana Allah.Kesian btl,sampai hati kau samakan pakcik tu dgn anjing,aku tak nampak pun kekasaran disitu. kedegilan mungkin juga.

    ReplyDelete
  2. Anon,
    Betul juga teguran hang tu, mungkin saya perlu tukar dengan ayat...'dihalau seperti manusia'...tapi manusia yang halau manusia solat tu mungkin boleh kita panggil seperti anjing?

    apapun TK kerana komen

    ReplyDelete
  3. tus rumah..td saya pun berada di situ..tp sy x join mana2 oihak just usha2 nak tengok gelagat org je..

    saya amat sokong perhimpunan bersih ni..tp sy sangat x setuju kalo ada diantara mereka yg menjadikan masjid yg mulia ni sebagai tempat berhimpun dan melalak x tentu pasal..ramai yg saya tengok org2 muda dan juga tua yg perangai x macam org islam tp melaungkan takbir seolah2 mereka hanya ingat tuhan pada hari itu shj..hari lain entah2 semayang pun tidak..

    then, segelintir mereka merokok merata tempat dan puntung rokok dibuang di kawasan masjid begitu sj..

    betapa hinanya masjid ini yg fungsinya utk menyatupadukan umat islam tp di salahguna akhirnya

    ReplyDelete
  4. jangan samakan anjing dgn manusia, Allah jadikan babi dan anjing ada kegunaannya buat manusia, bukan utk dihina , apatah lagi disamakan dgn manusia. Lagipun gambar diambil bukan dlm masjid mungkin pakcik tu jadikan alasan solat utk tidak ditahan.Kita sendiri menghina agama islam dgn mengikut telunjuk orang kafir..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !