SPRM nampaknya melepaskan semua tanggung jawab untuk perbaiki sistem pilihan raya negara kepada kerajaan yang ada sekarang. Beliau menafikan terus yang mereka ada kuasa untuk membuat sebarang pembaharuan terhadap sistem pilihan raya. Semuanya di sambut dengan jeritan 'boooooooo; oleh para hadirin yang hadir dalam forum anjuran Karangkraf.
SPRM juga merayu pada rakyat agar jangan jadikan SPRM sebagai musuh mereka. Secara tak lansung bermakna jadikan kerajaan yang ada sekarang sebagai musuh. Jadi rakyat perlu menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang jika mahukan perubahan terhadap sistem pilihan raya yang ada.
Kata timbalan pengerusi SPRM, kalau Bersih nak pembaharuan bincanglah dengan kerajaan yang ada sekarang bukannya dengan SPRM. Sebarang cadangan perubahan dalam sistem perlu melalui kabinet kerajaan yang ada dan jika kabinet tidak suka dengan cadangan tersebut maka cadangan itu tidak akan dibentangkan di Parlimen.
SPRM sebenarnya lansung tidak ada taring sebagai penguatkuasa sistem pilihan raya mengikut kehendak rakyat, Mereka adalah pelaksana sistem yang dikehendaki oleh pemerintah yang ada sekarang. Jadi terbukti sistem yang ada bukanlah satu sistem yang telus dan adil. SPRM tidak lagi menjadi satu badan yang berkecuali malah hanya menjadi alat dan jentera bagi memastikan setiap pilihan raya berpihak kepada kerajaan yang ada.
Ambiga menggesa agar SPRM lebih pro-aktif bagi membaik pulih sistem yang ada dan berusaha lebih keras melobi kerajaan dan sudah tentu Bersih akan menyokong penuh mereka.
Nampaknya tidak ada gunanya Bersih atau Ambiga berbincang dengan SPRM yang tidak punya apa-apa kuasa melainkan menjadi budak suruhan kerajaan yang ada. Hanya ada satu cara sahaja bagi mengubah sistem yang ada, 'jatuhkan kerajaan BN pada PRU-13.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !