Baru-baru ini sempat menyaksikan hari sukaneka di sekolah rendah kebangsaan Puchong Indah. Melihat aksi kanak-kanak memang menyeronokkan. Ada berbagai gelagat yang melucukan secara spontan sepanjang acara dijalankan.
Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana hari sukaneka tersebut diuruskan dari mula sehinggalah tamat. Satu pujian perlu diberikan pada para guru yang bertugas sehingga perjalanannya amat lancar, selesa dan tersusun. Cara pengadilan pula jitu dan menampakkan ketelusan dan kesungguhan.
Setiap acara berjalan dengan rapi tanpa tersekat-sekat dengan masalah. Dari satu acara ke acara yang lain berjalan lancar dari mula sehingga akhir dan acara penerimaan hadiah berjalan serentak sebaik sahaja acara tamat. Saya boleh berikan markah A+ kepada keseluruhan pentadbiran sekolah yang bertanjung jawab menjayakan hari sukaneka itu.
Rasa macam tak muat saja nak masuk dalam guni ni |
Saya ada pernah menyaksikan acara sukaneka sama yang dianjurkan oleh PASTI, juga di satu kawasan di Puchong. PASTI adalah dibawah naungan atau pemantauan Pemuda PAS kawasan dan mereka turut sama bertanggung jawab menjayakan sukaneka itu.
Dah la berat kena lompat pula !! |
Apa yang boleh saya katakan adalah mereka perlu belajar daripada sekolah kerajaan bagaimana mahu menguruskan sesuatu sukaneka untuk kanak-kanak dengan cara yang baik. Acara sukaneka anjuran Pasti yang saya saksikan amat mengecewakan dan boleh diberikan markah C-.
Kesungguhan pengadil menetukan botol mana yang paling banyak di isi air bagi menentukan pemenang |
Acara pemberian hadiah berjalan serentak. Setiap kali tamat acara para pemenang akan terus beratur menerima hadiah. |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !