Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Kerajaan Kelantan berhubung permohonan mencelah oleh Kerajaan Malaysia dalam prosiding saman yang dikemukakan negeri itu berhubung tuntutan royalti minyak.
Mahkamah turut menolak permohonan Kerajaan Kelantan untuk membicarakan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Bahagian Perdagangan dan bukannya di Mahkamah Sivil.
Mahkamah juga memerintahkan kerajaan negeri membayar kos sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua permohonan berkenaan kepada kerajaan persekutuan. Juga kos dalam kausa kepada Petronas sekiranya permohonan berkenaan kalah dalam kesnya yang akan bersambung di Mahkamah Tinggi Sivil.
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh anggota panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Suriyadi Halim Omar,
Kelantan yang diwakili oleh peguam Thommy Thomas mengemukakan hujah bahawa tuntutan dibuat bukan ke atas kerajaan Persekutuan, maka ia tidak berhak untuk menjadi defendan kedua. Tuntutan untuk membicarakan kes berkenaan di mahkamah perdagangan adalah berdasarkan bahawa kes itu merupakan kes pecah kontrak juga ditolak.
Kes berkenaan akan bersambung semula di Mahkamah Tinggi pada 10 Disember akan datang. Kerajaan Kelantan mungkin akan membuat injuksi bayaran royalti Terengganu.
Salam.
ReplyDeleteSaya sebenarnya kurang bersetuju dengan Kerajaan Negeri Kelantan membawa tuntutan royalti ini ke mahkamah. Sudah sekian lama kita mengetahui bahawa keadilan mahkamah sekarang adalah sengek sebelah apabila melibatkan pihak pembangkang.
Sepatutnya pihak berkenaan teruskan momentum tuntutan royalti di kalangan rakyat semoga rakyat akan menterjemahkan ketidakadilan ini di peti undi.
Bila pihak PR dapat mengambil Kerajaan Persekutuan, insyaAllah royalti ini akan sampai ke negeri Kelantan tanpa perlu turun naik mahkamah.
TK
Dengan membawa kes ini ke mahkamah juga dapat menunjukkan pada rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang menggunakan apa saja institusi untuk kepentingan mereka dan bukan untuk kepentingan rakyat dan impaknya lebih menyeluruh kepada rakyat seluruh Malaysia bukan kepada rakyat Kelantan saja.
ReplyDelete