Sejak saya bersekolah di Sekolah Rendah Stowell pada tahun 70-an dulu sehingga sekarang rasa 'Cendol Bukit Mertajam' ini tidak pernah berubah. Santan lemak manis berserta dengan kacang merah besarnya yang lazat membuatkan ia menjadi cendol terbaik yang pernah saya rasa.
Dah merata tempat saya rasa cendol, Melaka , KL, Selangor, Kelantan dan lain-lain, ternyata cendol yang ini paling sedap bagi saya setakat ini dan masih tidak ada yang dapat menandinginya lagi.
Lokasinya adalah di kawasan bangunan perniagaan Mara di tengah-tengah pekan Bukit Mertajam. Selain dari cendol ada juga makanan lain dijual di kawasan foodcourt tersebut.
bila saya cari `cendol sedap bangunan mara bukit mertajam' terus keluar entri ni. saya tak tau tuan pun sukakan cendol. hehee... ok, saya akan simpan lokasi ni mana tau akan datang ada kesempatan singgah...
ReplyDeletesejak sekolah rendah dok makan cendol ni...memang best!
Delete