Cerita ditulis pada masa PRK Merlimau lalu....
Sekarang saya berada atas kapal di kawasan perairan Bandar Melaka. Nampak jelas dari kapal Bandar Hilir bergemerlapan di depan tapi tak boleh naik ke darat untuk tengok perkembangan PRK Merlimau. Kawan-kawan ramai yang ada kat sana sekarang.
Pagi tadi bertolak selepas subuh dari rumah menuju ke pelabuhan klang untuk memulakan satu pelayaran keliling lebih separuh dari Malaysia. Naik kapal merupakan satu pengalaman baru bagi diri saya. Tak atau apa yang bakal dihadapi.
|
Pagi ketika kapal bertolak
|
Setakat ini rasa pening-pening lalat sudah terasa tapi tak sampai ke peringkat mabuk lagi Kapten kata perairan selat Melaka ok, bila masuk ke Johor nanti laut lebih bergelora.
Jumlah yang mengikuti pelayaran kali ini ada 28 orang semuanya. Dalam semua hanya saya dan kawan sahaja yang tidak ada pengalaman menaiki kapal. Yang lain semuanya cekap-cekap belaka. Jadi kebanyakan kerja kami hanya menjadi pemerhati.
|
Pemandangan dari dek depan
|
Jalan yang kami ambil dari Klang ke Melaka melalui jalan biasa dan bukan jalan perairan yang merupakan lalu lintas kapal-kapal antarabangsa. Kapten terangkan bahawa laut juga ada lebuhrayanya sendiri. Tak boleh main jalan ikut suka.
Perjalanan pergi tidak sama dengan perjalanan balik. Untuk pergi ke Melaka sehingga ke Johor, laluan sebenarnya perlu melintas ke sebelah luar untuk mengambil jalan yang betul. Kapten ambil keputusan untuk melalui persisiran pantai saja dan tidak masuk ke lebuhraya.
Jalan ini akan diambil sehinggalah ke Johor di mana kami akan melintas ke Sumatera untuk masuk lebuhraya sebenar. Di kawasan Singapura, trafik kapal amat sibuk, kapal asing akan sentiasa dipantau oleh penguatkuasa sana. Sesiapa yang masuk akan dihalau pergi ke laluan sebenar mengikut peraturan.
Kapal mengalami sedikit masalah dengan enjin pagi tadi. Kemungkinan lubang masuk air ke enjin tersumbat menyebabkan enjin panas jika dibawa laju. Kapal terpaksa berhenti sebentar untuk membolehkan penyelam terjum melihat apa yang tak kena di bawah perut kapal.
|
Bot keselamatan muat 20 orang.
Di dalamnya siap dengan bekalan
biskut dan minuman
|
Rupanya walaupun kapal berhenti, air bergerak terlalu deras di bawah yang menghalang penyelam turun ke bawah laut. Kapten sendiri terjun untuk melihat tetapi akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan perjalanan dengan perlahan-lahan sementara sampai di kawasan yang airnya tenang dan jernih.
Petang tadi suasana amat indah ketika bersantai di dek kapal sambil menunggu matahari terbenam. Masing-masing sunyi sepi melayan perasaan masing-masing sementara saya sibuk mengambil gambar.
Terbenam saja matahari menandakan waktu magrib telah masuk, azan dilaungkan di atas kapal dan kami semua bersolah magrib berjemaah. Solat insya di gabungkan sekali. Kemudahan yang Allah peruntukkan bagi mereka yang bermusafir.
|
Tukang masak menyediakan makanan malam
|
Selesai solat, semua terus mengisi perut. Naik kapal ni rupa-rupanya membuatkan perut sentiasa lapar. Dari pagi sampai malam makan tak henti-henti. Mujur ada 2 orang tukang masak yang sentiasa menyediakan makanan yang enak-enak.
Sedang saya duduk membuka komputer tiba-tiba datang bot laju polis marin yang mengawal perairan selat melaka. Mereka mencari kapten. Rupanya kawan-kawan kapten yang mengecam kapal kami. Mereka datang mangajak kapten ke darat minum teh di bandar hilir.
|
Bersedia untuk terjun melihat perut kapal
|
Lega rasanya dapat turun juga ke darat malam ini. Boleh pekena teh tarik di kedai mamak yang saya idamkan sejak petang tadi. Mulanya saya ingat tak berpeluang untuk ke darat, rupanya rezki murah dengan kedatangan polis marin. Saya dan kawan terus celapak ke bot laju untuk menyertai kapten ke darat.
Saya terus telefon rakan-rakan dari Penang yang datang ke Merlimau untuk berjumpa kami di Bandar Hilir. Kami bersembang di bandar hilir berhampiran Sungai Melaka berkisar tajuk pelayaran sahaja.
Setakat ini saja buat malam ini. Insyallah jika ada talian saya akan riwayatkan lagi sambungan perjalanan kami yang amat menarik ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !