Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

26 September 2011

Lagi Lagi Fenomena Ustaz Azhar Idrus - Bergambar

  Ano Nyme       26 September 2011
"Melayu tak masuk syurga ! masuk
syurga bukan sebab Melayu tapi
sebab iman dan taqwa..."
Lagi gambar kat sini
Malam tadi Ustaz Azhar Idrus berkuliah Magrib di Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Seperti biasa orang ramai melimpah ruah hadir untuk mendengar kuliah magrib Ustaz Azhar Idrus yang bersahaja, mudah difahami dan tidak menjemukan.

Masjid As-Salam menyediakan beberapa skrin tayangan di tingkat bawah Masjid dan juga di luar perkarangan Masjid. Dewan solat utama yang terletak di tingkat satu Masjid penuh sesak dengan mereka yang dahagakan ilmu dari Ustaz terkenal ini dan di penjuru-penjuru ruang Masjid yang jauh dan terlindung dari kelibat penceramah yang berada jauh di depan di sediakan skrin TV agar mudah orang ramai menatap muka penceramah.


Semua perjalanan dan urusan penyediaan kemudahan memang bertaraf lima bintang dan syabas diucapkan oleh pihak AJK Masjid As-Salam Puchong Perdana. Cuma ada sedikit kekurangan dari segi bunyi pembesar suara yang agak bergaung dan tidak dapat mendengar dengan jelas pertuturan Ustaz Azhar samada di dalam mau pun di luar masjid. Tambahan pula loghat Ustaz Azhar Idrus yang pekat Terengganu itu menambahkan lagi dengungan suara namun masih boleh di fahami percakapannya.

Ustaz Azhar telah bersetuju untuk mengadakan kuliah tersebut sebagai kuliah bulanan di mana beliau akan datang dari Terengganu sebulan sekali dengan memandu dan memecut keretanya dengan laju agar tidak sempat ditangkap alat perakan had laju polis, moga perjalanannya sentiasa dilindungi Allah dan diberkati, Insyallah.

Beberapa butir menarik untuk pembaca renungi daripada kuliah tadi adalah dalam bab Akidah di mana secara ringkasnya Ustaz berkata Allah itu salah satu daripada sifatnya adalah Berkata-kata sebagaimana dalam Quran yang menceritakan hal Nabi Musa yang bercakap dengan Tuhan.

Soalan bodoh yang akan orang tanya adalah macam mana Tuhan berkata-kata. Kita bercakap sebab ada lidah, ada mulut ada gigi dan lain-lain, macam mana dengan Allah. Jawabnya adalah, 'tak perlu tanya macam mana', kita bercakap bukannya kerana ada lidah atau ada gigi atau ada mulut, kalau ada semua itu belum tentu boleh cakap lagi, contohnya orang bisu...jadi Allah yang memberikan keupayaan kita bercakap dan bukannya sebab lain.

Dalam bab lain tentang semua yang terjadi adalah kerana Allah yang menciptakan dan menjadikannya adalah  perumpamaan meletakkan sebilah jarum yang seberat kurang dari satu gram di dalam air...biasannya tenggelam...kerana apa dia tenggelam...kerana Allah tentukan ianya tenggelam bukan kerana dia berat atau sebab dia besi.

Kalau sebab besi dan berat, kapal yang beratnya 600 tan, kita lihat terapung di laut...kerana apa dia terapung...kerana Allah tentukan dia terapung...kalau Allah tentukan dia tenggelam...tak ada sesiapa yang mampu menghalangnya lagi. Mudah...banyak lagi penerangan ringkas dari Ustaz yang segar dan mudah difahami, kalau nak belajar kuliah lepas ni sila hadirkan diri.

Seperti biasa dalam setiap kuliahnya akan diakhiri selama sejam dengan soalan-soalan cepu emas daripada pendengar...akan ada beberapa soalan yang kadangkala melucukan dan masih tetap dijawab oleh Ustaz Azhar. Sebagi contoh malam tadi ada hamba Allah bertanyakan tentang hukum orang perempuan masuk kubur samada boleh atau tidak boleh...maka selamba sahaja Ustaz jawab tidak boleh sebab hanya orang mati saja yang masuk kubur.

Tetapi kalau orang perempuan ziarah kubur...ada berbagai pandangan yang membenarkannya dan ada juga yang melarangnya....ada lagi sambungannya...carilah sendiri selapas ini.

Jika nak tengok beberapa keping gambar suasana malam tadi sila ke sini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Lagi Lagi Fenomena Ustaz Azhar Idrus - Bergambar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !