Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

25 September 2011

Rumah Khadijah, Isteri Pertama Rasulullah Kini Menjadi Tandas Di Mekah !

  Ano Nyme       25 September 2011
Sejak abad ke-19 bilamana Kerajaan Saudi mengambil alih Mekah mereka mempopularkan fahaman Wahabi sebagai rujukan rasmi. Antara pendapat yang popular bagi mereka adalah objek sejarah boleh membawa kepada amalan syirik, jesteru itu ia perlu dimusnahkan.

Perkara pertama yang kerajaan Saudi buat pada 1920 apabila mereka mengambil alih Mekah adalah membinasakan kubah yang terdapat pada rumah di mana Rasulullah dilahirkan.

Kemudiannya rumah tersebut diubah menjadi pusat ternakan. Apabila penduduk Mekah bangkit berdemo membantah perbuatan tersebut. ia ditukarkan menjadi perpustakaan. Dalam aktiviti pembesaran Masjidil Haram sekarang ini berkemungkinan besar ia akan cuba dimusnahkan sekali lagi.

Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 95% kawasan yang menjadi sejarah di bumi suci umat Islam itu telahpun dimusnahkan sejak 1920. Sekarang ini ia bertukar menjadi pusat pendudukan mewah yang penuh dengan hotel tinggi dan menguburkan segala khazanah sejarah di bumi Mekah.


Bangunan yang paling glamour sekarang ini yang telah siap dibina adalah menara jam diraja setinggi 1,792 kaki yang merupakan sebahagian daripada pembangunan pusat hotel mewah di mana hanya segelintir kecil sahaja para jemaah haji yang mampu menyewanya. Ia hanyalah untuk orang-orang kaya.

Untuk membina semua itu, kerajaan Saudi telah memusnahkan keseluruhan Kubu Ajwad yang dibina pada zaman pemerintahan Bani Othman dan meranapkan keseluruhan kawasan berbukit tersebut. Pada bahagian lain pula rumah isteri pertama Rasulullah telah bertukar menjadi tandas.

Ketika pembinaan, setelah puas memujuk pihak berkuasa akhirnya mereka membenarkan juga sedikit aktiviti mengorek mencari artifak di kawasan rumah tersebut dan beberapa bahan lama pada zaman Rasulullah telah di temui di situ.

Pembangunan masih lagi berjalan dan tempat-tempat berikut merupakan senarai terakhir yang bakal tewas menjadi mangsa ketagihan kerajaan Saudi menukar Mekah menjadi Bandar serba Mewah dan moden. Antaranya adalah:

  1. Rumah bersejarah dimana  Rasulullah dilahirkan.
  2. Masjid Nabawi
  3. Jabal Mur
Apakah perlu kita mengekalkan bahan serta kawasan bersejarah yang mencatatkan segala kenangan kebangkitan agama Islam di Mekah dan Madinah. Sudah tentu ada berbagai pendapat bergantung kepada tafsiran masing-masing. Yang menjadi kemushkilan adalah dalam banyak-banyak tempat bersejarah di sana, kerajaan Saudi hanya mengizinkan 3 kawasan untuk PBB jadikan sebagai tapak sejarah dunia dan ketiga-tiganya tidak ada kena mengena dengan sejarah Islam!

Bagi pencinta sejarah yang tidak pernah jemu mengorek bahan-bahan bukti sebagai bahan kajian mereka sudah tentu menjadi pihak yang paling kecewa. Apalagi tidak ada sesiapa yang dibenarkan mengorek atau mencari bahan artifak bersejarah di sana sejak dulu. Bagi pengkaji sejarah bukan Islam pula mereka hanya mampu melihat dari jauh dan meleleh air liur tak dapat nak buat apa-apa.

Apa pendapat anda?
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Rumah Khadijah, Isteri Pertama Rasulullah Kini Menjadi Tandas Di Mekah !

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Tiada bukti sejarah mengenai artikel di atas. Musykil. Pertama kali 'dengar'.

    ReplyDelete
  2. bukti sejarah macammana yang tuan tak ada nama maaksudkan? musykil juga saya kalau ada orang yang pertama kali dengar nama Khadijah...

    ReplyDelete
  3. Ini kerja Wahhabi laknat dalam meyempurnakan misi Yahudi.Merekalah yang sebenarnya merosakkan Islam.Semoga Allah melaknati yang bertanggungjawab menghina Ummu mukminin Khadijah.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !