Scion xD, kereta yang paling dipercayai oleh para pengguna di Amerika. |
Laporan pengguna yang terbaru di Amerika terhadap 28 jenis kereta yang dipakai oleh pengguna di sana menunjukkan kereta Scion xD merupakan kereta yang paling dipercayai oleh para pengguna. ini berdasarkan tahap kepuasan para pengguna yang menggunakan kereta tersebut.
Paling menarik apabila dalam senarai paling tercorot sekali iaitu di tangga ke 28 merupakan jenis kereta yang membawa jenama Jaguar. Modelnya yang dipanggil Jaguar XF merupakan kereta yang paling teruk mendapat kutukan daripada penggunanya.
Porche, satu lagi jenama yang mewah dan dipandang tinggi di negara kita menduduki tangga no 2 paling teruk dikutuk serta diserapah oleh para penggunannya.
Berada di tangga kedua adalah kereta berjenama Lexus. Satu lagi kereta keluaran Toyota dan modelnya yang paling dipercayai adalah model CT200h. Keseluruhan kereta berjenama Toyota berada di tangga ke-6.
Nissan pula menduduki tangga ke 9. Kenderaan pick-up nya yang bernama Titan mendapat pujian paling tinggi daripada para penggunannya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !