Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 October 2011

Apa Warna Kencing & Tahi Anda Dan Kenapa ?

  Ano Nyme       10 October 2011
Adakah anda melihat air kencing anda ketika membuang air kencing. Kebiasaannya tentu kita semua melihat sekurang-kurangnya pada peringkat awal membuang air kencing.

Jika kita perhatikan, warna air kencing kita sentiasa berubah-ubah dan biasanya kita hanya buat tak tahu sahaja tanpa memperdulikan perubahan yang berlaku pada warnanya. Ikuti sedikit tips mengenai keadaan air kencing anda di bawah.

  1. Kerap Kencing
    • Ini menandakan buah pinggang mengandungi kotoran yang banyak dan sistem badan sedang berusaha membuangnya.
  2. Air kecing berkapur
    • Menunjukkan adanya penyakit batu karang dalam buah pinggang.
  3. Air kencing berminyak
    • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak
  4. Air kencing pekat berwarna coklat
    • Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  5. Air kencing berdarah
    • Ada penyakit batu karang atau buah pinggang luka
Najis buang air besar pula berhubung rapat dengan keadaan usus kita. Berikut beberapa tips tentang keadaannya.
  1. Cirit birit atau kerap berak
    • Pembersihan kotoran
    • Keracunan pada usus besar
  2. Sembelit
    • Pembersihan toksin pada usus kecil sedang berlaku
  3. Najis berdarah
    • Darah Merah
      • Mungkin ada penyakit buasir
      • Mungkin ada masalah barah pada usus
    • Darah hitam
      • Masalah ulser perut
  4. Najis berwarna hitam
    • Proses pembuangan toksin pada bahagian usus.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Apa Warna Kencing & Tahi Anda Dan Kenapa ?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !