Contoh gambar hasil dari lensa Tamron 17-50mm f/2.8 |
Bagi peminat DSLR, selepas puas mengambil gambar dengan menggunakan lensa kit yang dibeli bersama dengan kamera, rasa teringin untuk menukar atau menambah koleksi lensa baru akan datang membuak-buak didalam ingatan.
Biasanya kita akan mula mencari-cari jenis lensa apa yang berbaloi untuk dibeli bergantung kepada apa kehendak kita dan berapa budget yang kita ada. Sudah tentu kita mahukan yang terbaik.
Antara perkara yang sering kita lihat sebelum membeli sesebuah lensa itu adalah bagaimana hasil gambar yang diambil dengan menggunakan lensa yang mahu kita beli itu. Bagi mereka yang nak tengok koleksi gambar hasil dari berbagai jenis lensa yang ada di pasaran untuk setiap jenama, anda boleh melihatnya di sini
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !