Ketua Pembangkang ,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan Alternatif 2012 di Parlimen dan menjelaskan bagaimana Belanjawan Alternatif 2012 oleh Pakatan Rakyat akan membolehkan kenaikan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam.
Ini termasuk pelaksanaan gaji minima RM1,100 dan penambahan subsidi untuk semua rakyat Malaysia sebanyak RM22 billion bagi meringankan bebas kos sara hidup.
Susulan daripada itu, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menganjurkan Forum Belanjawan Alternatif 2012 dan ingin menjemput saudara-saudari untuk hadir bagi kupasan lanjut mengenai Belanjawan Alternatif 2012.
Ahli Panel
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Sdr Rafizi Ramli.Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Sdr Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Kuala Selangor,Dr Dzulkefly Ahmad;
Tarikh: 5 Oktober 2011 (Rabu)
Masa: 8.00 malam – 10.30 malam
Tempat: Ballroom, Hotel Quality, Plaza Perangsang, 40000 Shah Alam, Selangor
Berikut intipati belanjawan yang dikemukakan:
-Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini.
-Bayaran bonus warga emas RM1000 setiap tahun kepada mereka yang layak dengan implikasi kewangan kepada kerajaan RM1.7 bilion.
-Bayaran bonus kepada suri rumah dan ibu yang layak sebanyak RM1000 setahun, dengan implikasi kewangan kepada kerajaan pusat sebanyak RM2 bilion.
-Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550.
-Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.
-Pengumuman pengenalan gaji minima RM1,100 yang juga melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam mengikut tangga gaji. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100.
-Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga.
-Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion.
-Menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;
-Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naik taraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.
- Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri.
-Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai
-Mencadangkan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dan dikembali kepada Kementerian lain.
-Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik pada 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi.
-Lesen dan permit teksi akan di berikan terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi.
-Lesen import AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara sebanyak RM1.2 bilion berbanding amalan sekarang yang menguntungkan kroni.
-Pendekatan perolehan kerajaan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit.
-Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara.
-Memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara
-Mengembalikan cukai eksais dan duti yang dibatalkan terhadap barangan mewah seperti seluar dalam berjenama dan beg tangan yang dimansuhkan kerajaan BN.
-Menumpukan pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.
-Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri.
- Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar.
-Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.
- Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti; .
-Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.
-Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara.
-Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci
Pada dasarnya, Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:
- Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.
- Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.
- Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.
- Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.
- Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.
Rakaman gambar di sini
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !