Manusia kadangkala mampu mebuat perkara-perkara yang tidak dijangkakan. Dalam hal membeli barangan kadangkala manusia menghabiskan duit membeli benda-benda yang bagi orang biasa adalah perbuatan yang terlalu membazir.
Dalam beli barang merapu tetapi mahal ni biasanya hanya golongan yang kaya melampau saja yang sanggup berbelanja untuk mendapatkannya dan mereka adalah golongan elit kaya gila yang menjadi sebahagian daripada 1% manusia kaya-raya di dunia. Mari kita lihat apa golongan pelik ni beli:
Vacuum Cleaner ini berharga $19,340. Mahal sebab ada diamond melekat padanya. Fungsinya sama saja macam yang dijual di pasaraya. |
Hasselblad kamera digital mampu merakamkan gambar dengan keupayaan 60 megapixel. Harganya $42,000. |
Golf cart yang dikeluarkan daripada kilang yang sama membuat kereta Porche. Harganya $14,500 atau lebih bergantung pada pilihan yang anda mahu. |
Alat massage pelik yang mengeluarkan air memercik pada anggota badan yang anda mahu urut. Mereka mendakwa ia tidak akan membasahkan kulit anda!, Harganya $29,500 |
Alat permainan video Nintendo Supreme Wii bertatahkan emas. Harganya $465,772.24 |
Basikal bertatahkan emas dijual dengan harga $104,744. Kalau anda rasa dengan emas ini mampu menjadikan anda fit dan slim sila beli. |
Video projector mampu memancarkan video 2D. Harganya $50,000 |
Kamera Video $58,000 |
iPod Dock. $30,000 |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !