Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 December 2011

Sedikit Fakta Tentang Sakit Pinggang Tulang Belakang

  Ano Nyme       10 December 2011
sakit pinggang
Anwar sering mengadu dia sakit pinggang tulang belakang
Pernahkah anda menghadapi masalah sakit pinggang tulang belakang?

Sakit pinggang tulang belakang juga biasanya kita hanya akan sebut sebagai sakit pinggang.

Sebenarnya sakit pinggang adalah salah satu daripada masalah sakit tulang belakang bahagian bawah.

Mereka yang terlepas dari menghadapi masalah sakit tulang belakang hanyalah segolongan kecil sahaja.

Mereka ialah golongan-golongan yang amat beruntung kerana kebanyakan daripada kita pasti akan mengalaminya.

Berikut beberapa fakta menarik tentang sakit pinggang tulang belakang:

  • Antara 60% ke 80% daripada populasi negara membangun dan negara industri mengalami sakit tulang belakang sesekali dalam tempoh hidupnya.
  • 50% daripada yang mengalaminya akan terkenannya secara berulang.
  • Di US dan Sweden sakit tulang belakang adalah penyebab utama kehilangan produktiviti kerja.
  • Di Britain 33 juta hari bekerja hilang setiap tahun disebabkan masalah sakit tulang belakang. Setiap hari 1 dalam 200 tenaga kerja akan bercuti kerana mengalami masalah sakit tulang belakang.
  • 5% daripada mereka yang mendaftar ke Hospital adalah kerana masalah sakit tulang belakang dan 1 dalam 30 jumlah tersebut akan masuk wad manakala 1 dalam 12 daripada yang masuk wad terpaksa menjalani pembedahan.
  • Pada masa dahulu kala manusia hanya akan melakukan kerja mengangkat atau menurunkan barang sebanyak 50 pergerakan sehari tapi dalam zaman maju sekarang ini kajian menunjukkan kita melakukan pergerakan itu sebanyak 5,000 pergerakan sehari. Kesibukan sebegitu drastik menyebabkan tulang belakang kita tidak mampu mengadaptasinya.
  • 30 % daripada mereka yang ada masalah sakit tulang belakang tidak akan mendapatkan bantuan perubatan.
  • Hanya lebih kurang 25% sahaja daripada kita yang hidup sampai mati tanpa masalah sakit tulang belakang
  • Terdapar 40% daripada kita sebenarnya ada masalah tulang belakang tetapi masih belum lagi mengalami kesakitan disebabkannya sekarang.
  • Kebiasannya sakit tulang belakang hanya akan dirasai ketika umur kita dalam lingkungan 30 tahun ke 50 tahun sahaja.
  • Jarang berlaku masalah sakit tulang belakang pada mereka yang berumur di bawah 18 tahun atau 60 tahun ke atas.Ini mungkin disebabkan oleh:
    • Mereka yang berumur 30-an mula mempunyai anak-anak yang memerlukan tugasan mendukung dan seumpama dengannya.
    • Temph umur 30-an adalah tempoh paling produktif dalam bekerja, jadi banyak pergerakan berlaku.
    • Pada umur 30-an juga kegiatan sukan kita mula menurun dan ini menyebabkan tahap kecergasan kita menurun.
    • Tempoh 30-an juga kebiasannya berat badan kita meningkat.
    • Tempoh umur 30-an juga adalah bermulanya kesan kepada masalah selama 15 tahun sebelum ini mula mendatangkan kesannya.
    • Tempoh antara 30 ke 50 tahun adalah tempoh paling terdedah terhadap masalah disk atau ruas tulang belakang kita dari segi segi phisiologinya.
    • Mereka yang berumur bawah 30 tahun atau yang lebih muda, disk lebih kukuh dan kuat. Manakala mereka yang telah berumur lebih 50 tahun disk sudah mula kering dan hanya mengadungi fiber yang tidak elastik
  • Wanita didapati lebih senang terkena masalah sakit tulang belakang. Berkemungkinan kerana mereka mengandung dan terpaksa membawa bebanan yang besar.
  • Kajian menunjukkan tidak ada korelasi antara tinggi, rendah, kurus, atau gemuk terhadap sakit  tulangbelakang.
  • Cara duduk atau berdiri memberikan kesan yang besar kepada masalah sakit belakang.
  • Aktiviti bersenam yang kurang. Orang yang kurang bersenam membuatkan tulang belakangnya menjadi lemah dan ini meninggikan lagi risiko menghadapi masalah sakit tulang belakang
Sumber: British holistic medical association
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Sedikit Fakta Tentang Sakit Pinggang Tulang Belakang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !