Musim rambutan sudah tidak menentu |
- Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 40-an tentu dapat merasakan perbezaan musim buah-buahan semasa zaman kanak-kanak dulu dengan sekarang.
- Masa zaman kanak-kanak dulu musim kampung-kampung di negara kita menikmati hasil buah-buahan seperti manggis, rambutan dan juga durian adalah tetap dan berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun.
- Sekarang samada kita perasan atau tidak kita boleh mendapatkan bekalan buah-buahan seperti rambutan, ,manggis dan juga durian pada waktu yang tidak menentu.
- Boleh dikatakan dalam masa setahun banyak kali bekalan buah-buahn tersebut muncul di pasaran. Musimnya telah berubah menjadi bercelaru dan tidak dapat dijangka sama sekali.
- Kalau dulu para suami amat risau apabila isterinya mengandung dan mengidamkan buah yang bukan pada musimnya, sekarang, itu bukanlah lagi menjadi masalah besar. Sebut saja nak buah apa, biasanya kita boleh cari.
- Jawapan kepada perubahan pelik di atas adalah disebabkan fenomena perubahan iklim dunia yang telah melanda di seluruh mukabumi dengan amat ketara sekali.
- Antara kesan yang paling ketara yang dapat dirasakan adalah dalam industri pertanian sebagaimana yang sedang kita lihat sekarang ini.
- Selain daripada perubahan musim buah-buahan dalam industri pertanian, perubahan serangan penyakit serta serangga makhluk perosak juga adalah sesuatu yang membimbangkan sektor pertanian di negara kita.
- Perkara ini dibentangkan oleh Ketua Pengarah Mardi di dalam satu perbincangan meja bulat mengenai masalah dan cabaran pertukaran iklim dunia dalam sektor pertanian dan pemakanan yang diadakan di UTM sempena minggu New Zealand yang diadakan di sana.
- Untuk mengetahui apa kesan perubahan cuaca dunia terhadap masalah serangga dan makhluk perosak di Sepanyol, sila baca kat sini
Baca laporannya di sini
Owh, bukan kerana peningkatan teknologi pertanian ka tuan?
ReplyDeletecuaca main peranan penting dalam pertanian....
ReplyDelete