- Dua orang pelajar yang amat cemerlang dan mempunyai IQ yang melebihi normal diuji keupayaan mereka dengan 2 jenis ujian:
- Menjawab soalan akademik yang melibatkan kemahiran kiraan dan hafalan.
- Menjawab soalan merapu yang lebih melibatkan pengetahuan umum mereka.
- Kedua-dua pelajar menjawab semua soalan jenis pertama dengan cemerlang tanpa satu kesilapanpun
- Bagi soalan jenis kedua, berikut adalah contoh soalan yang dikemukakan:
- Apakah yang anda boleh buat dengan seketul bata.
- Berikut Jawapan yang diberikan oleh pelajar A
- Tidak cukup untuk membuat sebuah bangunan
- Berikut jawapan yang diberikan oleh pelajar B
- Mengetuk kepala orang
- Memecahkan cermin kereta, cermin kedai dan seumpamanya
- Mengikat pada kaki seseorang untuk ditenggelamkan ke dalam sungai
- Meletakkan pada pedal minyak kereta menjadi auto.
- Menahan tayar kereta yang tak ada handbrake
- Melapik barang
- dan bermacam-macam lagi jawapan yang amat pelik
- Kedua pelajar diikuti perkembangan mereka sehingga berumur 45 tahun dan tahukah anda pelajar manakah yang berjaya dengan cemerlang dalam hidupnya.
- Kalau anda masih tak dapat teka, pelajar B amat berjaya dalam hidupnya dari segi ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain. manakala pelajar A hanya biasa-biasa saja...
- Kenapa agaknya terjadi begitu:
- Kerana sistem peperiksaan yang ada lebih menjuruskan kepada jawapan satu pilihan sahaja, ia membuatkan fikiran kita menjurus ke satu titik.
- Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu melatih fikiran kita mengembang dengan berbagai pilihan dan persoalan yang tidak tersekat dan bukan terhad kepada satu pilihan saja.
- Apa yang boleh kita gunakan daripada penemuan tersebut:
- Membuat semakan terhadap anak-anak kita samada mereka kreatif atau tidak dengan bertanyakan soalan yang mempunyai berbagai pilihan jawapan tiada had.
- Melatih anak anda berfikir secara kreatif untuk memastikan kejayaan mereka
- Jangan risau jika anak anda tidak mampu score A dalam semua matapelajaran mereka.
- Membuat semakan terhadap pekerja yang bakal anda gajikan.
- Dan lain-lain
Jasduit - Just do it !
28 February 2012
Kenapa sistem peperiksaan sahaja tidak melahirkan orang yang berjaya?
Ano Nyme 28 February 2012
Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa sistem peperiksaan sahaja tidak melahirkan orang yang berjaya?
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
betul2...kreatif dalam tawa
ReplyDelete