Mufti Pahang |
- Datuk Abdul Rahman Osman, Mufti Negeri Pahang memfatwakan kedudukan akidah Perdana Menteri yang berada di Kuil Hindu Batu Cave ketika perayaan hari Thaipussan baru-baru ini bergantung pada niat Perdana Menteri.
- Perdana Menteri semestinya mengetahui sebab beliau perlu berada di majlis itu, kata Mufti Pahang
- Bagaimanapun Mufti Pahang bersetuju adalah lebih baik PM mewakilkan pemimpin yang seagama dengan perayaan di Batu Cave tersebut.
- Mewakilkan pada pemimpin atau menteri yang bergama Hindu dapat mengelakkan salah sangka dalam masyarakat, kata Mufti Pahang.
- Menurut Mufti Pahang perkara yang sama berlaku di Palestin apabila pemimpin Islam mereka menghadiri satu upacara di dalam gereja di sana tetapi niatnya bukan meraikan upacara tersebut sebaliknya hadir sebagai menteri dan tiada niat lain.
- Mufti Pahang bagaimanapun menyetujui saranan Mufti Perak, Tan Sri Harussani dan berharapkan isu ini diselesaikan dengan kadar segera.
- Nampaknya hanya PM sahaja tahu apa niatnya berada di dalam kuil di Batu Cave sekarang dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
- Persoalan yang perlu kita fikirkan sekarang sempena kehadiran 14 Februari nanti adalah mana lebih berat antara meraikan sambutan Thaipussam atau meraikan sambutan Valentine?
Sumber: Sinar Harian, 12 Feb 2012, ms 2
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !