Ricoh Caplio GX200 ini merupakan kamera pertama yang aku beli dalam hasrat aku untuk berjinak-jinak dengan dunia tangkap gambar. Macam biasa apa saja barang baru yang kita miliki akan kita tatang macam nak rak, nak pegangpun perlahan-lahan, takut calar.
Masa mula tu aku rasa teramat susah nak faham apa yang ditulis dalam buku manual yang aku dapat. Aku ulang dan ulang baca nak kasi faham tapi masih tak faham-faham. Bersepah-sepah terma yang ditulis dalam manual tu aku tak pernah dengar. Pendek kata aku masuk satu dunia asing yang tak pernah aku alami.
Tapi sebagai seorang hero, sudah tentu aku tak putus asa sebab aku tau skrip kata akhir nanti aku akan menang juga walau macam mana susah sekalipun cabaran yang aku hadapi. Memandangkan aku tak faham apa yang aku baca, aku buat keputusan untuk belasah tangkap gambar saja dan download dalam pc aku dan lihat hasil gambar yang aku dapat.
Sejak hari pertama aku beli kamera tu, aku tak pernah lepas membawanya bersama ke mana saja aku pergi dan kalau aku tak pergi kemana-mana aku testing tangkap gambar dirumah aku dengan menjadikan anak-anak aku sebagai mangsa. Mereka dipaksa menjadi model di bawah umur. Risau juga akau kalau-kalau ada orang report dengan aktiviti aku hire model bawah umur. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.
Pada bahagian atas kamera aku tu ada punat yang boleh dipusing-pusing yang ada berbagai huruf serta tanda padanya. Ada huruf 'A', ada huruf 'P', ada huruf 'M', ada perkataan 'scene' dan ada logo kamera kecil berwarna hijau pada punat tersebut yang satu harampun aku tak reti apa maksudnya walupun aku berulang-ulang baca manual tu...tapi aku relaks saja sebab kawan aku sering nasihat aku untuk memberi masa bagi memahami semua itu.
Selepas tak faham-faham baca manual aku mula tak sabar dan pergi kedai buku MPH untuk cari kalau-kalau ada buku mudah untuk difahami tentang tangkap gambar. Nasib baik aku jumpa sebuah buku tulisan Scott Kelby yang tulis buku macam mana nak ambil gambar macam pro, apa lagi aku terus belasah beli walaupun mahal.
Ayat yang aku ingat sampai sekarang yang ditulis oleh Scott Kelby dalam buku adalah, kalau pi mana-mana pun bila jumpa orang tua atau budak-budak, tembak terus, sebab biasanya tembakan pada mereka ini jarang tersasar...tembak tu aku terjemahkan direct dari perkataan shoot yang digunakan oleh Scott Kelby. Di situ aku dapat petua ringkas tentang tangkap gambar, nampak saja budak atau orang tua terus tembak.
Ringkasnya buku tersebut membawa sedikit permahaman aku terhadap terma-terma yang diceritakan serta yang terdapat pada kamera Ricoh Caplio GX200 aku itu. Dan aku mengambil semua petua yang diperturunkan oleh Scott Kelby macam mana nak tangkap gambar macam pro Bermula dari situ aku dah rasa macam pro walaupun aku hanya syok sendiri.
Gambar-gambar yang aku paparkan di sini merupakan gambar-gambar awal ketika sesi try an error aku untuk memahami kamera aku yang pertama tersebut. Nikmatilah dia tak payah komen betapa tak eloknya gambar tersebut. Masa itu aku percaya kalau gambar tak elok bukan sebab orang yang pegang kamera tetapi sebab kamera yang tak bagus...ternyata semua itu salah heh!.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !