Aku missed rakaman perjalanan masuk hutan pertama aku apabila masuk hutan tanpa membawa apa-apa alat tangkap gambar. Masa tu yang aku ada hanyalah kamera daripada telefon bimbit yang mana aku sempat rakam 2 atau 3 gambar sebelum telefon kehabisan bateri. Pengalaman tersebut hanya terpendam dalam kepala aku saja tanpa dapat dikongsi bersama dengan orang lain. Masa tu aku masuk Hutan Simpanan di Kuala Koh, dimana aku bermalam selama 2 hari dalam hutan penuh dengan ketenangan.
Terlalu banyak benda yang aku terlepas waktu itu seperti naik perahu selama 45 minit dari pusat renjer untuk ke destinasi memancing kami di dalam hutan. Kami naik perahu dan ditinggalkan di tepi sungai. Perahu akan datang ambil semula 2 hari selepas itu. Kalau jadi apa-apa pakai semput dalam hutan itulah saja nampaknya.
Sepanjang 2 hari itu kami bermalam di tepi sungai. Semua orang kelam kabut dengan batang kail masing-masing dan aku lepak maut tak buat apa-apa kecuali mandi sungai yang sejuk dan jernih dan baring atas tikar sepanjang masa. Apapun ketidak upayaan merakamkan gambar sungguh satu kerugian.
Selepas beli kamera ricoh GX200 aku yang aku anggap awek pertama itu, aku bersama dengan 2 orang lagi kawan buat rancangan untuk masuk hutan di Taman Negara Kuala Tahan. Kali ini aku bersedia untuk rakam semua pengalaman dengan awek baru aku tersebut.
Mengikut petua yang aku baca dalam buku Scott Kelby, kita kena letak butang kamera pada kedudukan A atau dipanggil Apperture Priority untuk rakaman gambar sebagai seorang pro. Kebiasannya itulah posisi yang sering dipakai oleh mat-mat pro. Oleh sebab aku dah rasa macam pro walaupun sekadar pakai compact camera aku belasah pakai nasihat dari buku Scott Kelby tersebut.
Kalau kita pakai Apperture Priority, kita boleh adjust bukaan apperture kamera yang selalu kita tengok orang tulis sebagai f1.8 atau f11 atau lain-lain. Kalau f1.8 maknannya bukaan apperture itu paling luas. Lebih besar number f bermakna lebih kecil bukaan kamera. Macamtulah yang aku baca dari buku tersebut.
Oleh sebab bukaan kamera aku paling besar cuma f2.5, aku sering guna bacaan itu sebab lagi kecil nilai f lagi banyak cahaya masuk dan lagi laju shutter speed. Sebab apa shutter speed penting, adalah untuk pastikan gambar kita tak kelabu asap bila tangkap objek tengah bergerak.
Lagi satu petua Xcott Kelby, dia suruh kita pakai ISO paling kecil untuk hasil gambar yang sharp. Maka aku set ISO100 dalam semua rakaman aku dan hasilnya adalah gambar yang kelabu sia-sia setiap kali aku rakam orang dalam tempat yang tak cukup cahaya. Itulah yang aku dapat belajar dari pengalaman aku masuk hutan kuala tahan bersama awek pertama. Itupun setelah aku belek semua gambar-gambar yang terhasil dan hairan kenapa semuanya jadi kelabu asap.
Gambar orang asli lintas depan aku dalam hutan semua jadi macam gambar hantu bayang-bayang panjang selepas aku rakamkan dan aku missed rakam sekeluarga orang asli yang pantas merentasi hutan masa itu. Apapun jom kita layan sikit rakaman gambar sepanjang trip ke Taman Negara Kuala Tahan.
Anak dara orang asli mandi sungai |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !