Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

31 March 2012

Apa yang anda perlu tahu sebelum laburkan wang anda pada seseorang untuk berniaga

  Ano Nyme       31 March 2012

  • Adakah anda punyai banyak wang simpanan dan berhasrat mahu menggunakannya dalam pelaburan perniagaan?. Jika anda sebelum ini seorang yang makan gaji, anda sudah tentu kurang pengalaman dalam dunia perniagaan. Jadi anda akan mencari seseorang yang ada idea dan mahu memulakan perniagaan tetapi tak ada modal.
  • Anda ada modal tapi tak ada idea, rakan anda pula ada idea dan tak ada modal. Nampaknya satu jalinan yang mantap untuk anda bergabung. Tetapi sebelum anda mula melaburkan duit anda itu pikirkan dahulu saranan saya di bawah:
    • Pastikan anda kenal terlebih dahulu rakan anda itu dan yakin bahawa dia tiada rekod menipu sebelum ini. Jika ada rekod walaupun satu yang anda temui padanya eloklah anda batalkan gabungan tersebut dan selamatkan duit anda. Anda tidak kenal rakan anda selagi tidak pernah bersama bermusafir jauh.
    • Pastikan anda tidak melaburkan wang anda pada seorang penjual kereta untuk membuka sebuah restoran. Itu bukanlah sesuatu yang bijak jika anda mahu mengikut saranan saya. Sekurang-kurangnya laburlah pada orang yang ahli dalam bidangnya menjalankan perniagaan. Laburkan wang pada seorang tukang masak untuk membuat bisnes katering adalah lebih sesuai. Itu adalah contoh.
    • Pastikan orang yang anda laburkan duit untuk berniaga itu mengambil tanggung jawab penuh ke atas duit yang anda berikan dan menghargainya dengan sentiasa merekodkan secara terperinci wang keluar dan masuk.
    • Dia mestilah berupaya membentangkan segala perjalanan wang keluar masuk bila-bila masa yang dikehendaki siap dengan butiran data serta lampiran bukti pembelian atau pembayaran. Jika dia tidak ada disiplin tersebut, maka ada kemungkinan anda sedang meleburkan wang anda sia-sia.
    • Pastikan dia mencintai apa yang sedang dilakukannya dan yakin sepenuh hati untuk berjaya dan tahu bagaimana untuk menjayakannya. Janganlah pilih orang yang termanggu-manggu dan seperti hilang arah tak tahu apa yang sedang dibuat olehnya.
    • Pastikan dia memantau perjalanan perniagaan secara detail dan segala maklumat berada dihujung jarinya apabila diminta. Sebagai contohnya dia tahu berapa jualan yang masuk dan berapa kos serta keuntungannya. Dia juga mestilah tahu apa yang ada dan apa yang kurang dalam perniagaannya dan mempunyai rancangan untuk mengatasinya.
    • Pastikan dia seorang yang meletakkan tanggungjawab kejayaan atau kegagalan perniagaan itu berada di bahunya sendiri dan bukan menyalahkan orang lain jika sesuatu tidak berlaku sebagaimana yang dikehendaki. Jika orang yang anda laburkan itu sentiasa meletakkan kesalahan pada pekerjanya, elok anda cabut awal sebelum anda meleburkan wang anda lebih banyak lagi.
  • Moga ada manafaatnya. Sumber-pengalaman sendiri
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Apa yang anda perlu tahu sebelum laburkan wang anda pada seseorang untuk berniaga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !