Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

28 March 2012

Bagaimana Robert Kiyosaki memahami erti fokus ketika belajar membunuh

  Ano Nyme       28 March 2012

  • Saya sering jumpa tertulis dalam buku motivasi tentang pentingnya fokus jika seseorang itu mahu berjaya. Ramai juga orang-orang tua yang menasihati saya agar sentiasa fokus jika mahu menjadi usahawan yang berjaya.
  • Masalahnya saya tak berapa pasti apa yang dimaksudkan dengan fokus, saya biarkan ia berlalu dengan anggapan saya memang fokus sedangkan saya tak faham apa maksud fokus sebenarnya.
  • Saya terjumpa tulisan Robert Kiyosaki yang menceritakan pengalamannya bagaimana dia mula memahami erti fokus ketika belajar membunuh orang di pusat latihan penerbangan tentera udara Amerika.
  • Setelah lulus dalam latihan sebagai seorang pilot, Robert Kiyosaki memilih untuk menjadi pilot jet pejuang Amerika. Untuk layak menjawat jawatan tersebut dia terpaksa sekali lagi menjalani latihan memandu jet pejuang. Latihan kali ini bukan hanya untuk boleh memandu jet, tetapi bermatlamatkan untuk menjadi pembunuh dengan menembak musuh di darat.
  • Dalam simulasi peperangan, Robert Kiyosaki dibiarkan memandu jet pejuang dengan jurulatihnya duduk di belakang sambil memegang alat permainan kanak-kanak yang panjang.
  • Setiap kali sampai pada kawasan musuh yang tidak henti-henti menembak jet mereka, jurulatihnya akan mula memukul-mukul kepala Robert Kiyosaki dan membuatkannya hilang tumpuan dan marah dan biasanya jet mereka akan kena tembak pada masa itu. Sebaik saja kena tembak jurulatihnya akan berkata, 'you are dead..you let us dead...'
  • Robert Kiyosaki lansung tak faham dan mula meluat dengan jurulatihnya, namun setiap kali berlatih itulah yang dibuat oleh jurulatihnya kepada Robert. Selepas tidak berapa lama jurulatihnya memaksa Robert beri tumpuan untuk menembak musuh yang bertalu-talu menembak mereka tetapi dalam masa yang sama masih memukul-mukul mengganggu dirinya ketika berusaha menembak musuh dan seperti biasa mereka akan kena tembak lalu di sambut oleh jurulatihnya dengan berkata, 'engkau membuatkan kita semua mati'.
  • Akhirnya jurulatihnya menerangkan pada Robert jika dia masih tidak berjaya memberikan tumpuan untuk membunuh terlebih dahulu musuh di bawah walaupun ketika sedang dikacau selagi itulah dia tidak akan selamat balik sebagai seorang yang masih hidup. Samada bunuh atau membiarkan diri sendiri terbunuh.
  • Maka Robert akhirnya memberikan tumpuan dan lansung tidak menghiraukan hentakan pada kepalanya biar apapun yang dilakukan oleh jurulatihnya dan dia berjaya menembak musnah musuhnya dibawah. Robert berjaya melalui semua itu sehinggalah dia dihantar berperang di Vietnam dan selamat pulang dari perang sebagai orang yang masih hidup.
  • Itulah saat mula Robert memahami erti fokus dalam mencapai matlamat yang kita kejar. Kalau dalam perniagaan, kita akan sering diganggu dengan berbagai hal yang menghalang tumpuan kita menjayakan perniagaan kita.
  • Saya sering dengar vendor yang saya berikan kerja mengeluh tak dapat beri tumpuan pada kerjanya kerana anak sakit, bini merajuk, kereta nak kena tarik dan berbagai-bagai masalah lagi. Mereka berikan semua alasan itu sebagai sebab gagal melaksanakan tugas mereka.
  • Itu semua hanya meberikan tanda yang orang tersebut hilang fokus, kalau dia menjadi juruterbang jet pejuang, musuh di bawah tak dengar semua alasan seperti itu, dia akan terus menembak dan menembak sehingga kita mati kerana dia sendiri tahu samada dia tembak atau dia ditembak.
  • Sejak itu saya mula faham apa yang orang maksudkan apabila mereka berkata untuk berjaya anda perlu fokus. Jangan biarkan apapun menghalang tumpuan kita untuk mencapai matlamat kita, berjalan dan terus berjalan sehingga anda selamat sampai ke destinasi.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Bagaimana Robert Kiyosaki memahami erti fokus ketika belajar membunuh

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !