Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

10 March 2012

Indah hanya sebelum dimiliki...!

  Ano Nyme       10 March 2012
'Bokeh', perkataan yang menghancurkan hubungan aku dengan awek pertama
Lumrah manusia apabila mahukan sesuatu dia akan jadi angau, segala yang dilihatnya indah belaka. Benda yang diingininya kelihatan tiada cacat celanya. Siang dan malam itulah saja yang diimpikannya. Sebaik saja yang diidamkannya berada ditangan, segala yang indah mula terpadam satu persatu.

Gambar hasil dari Ricoh GX200 yang tak cantik bokehnya
Perkara buruk mula muncul menggantikan yang indah satu demi satu sehinggalah datangnya suatu ketika di mana semua yang dilihat hanyalah keburukan semata tiada lansung keindahan. Pada saat itu segala rasa sesal mula muncul. Terasalah diri amat celaka kerana tersilap membuat pilihan lalu mula mencari jalan keluar dari ikatan.

Ini salah satu dari cubaan aku nak hasilkan bokeh tapi hampa...
Apa yang aku ceritakan di atas menerangkan ayat yang amat terkenal yang sering tersemat dalam dada aku, "indah hanya sebelum dimiliki...". Samada aku suka atau tidak, aku sentiasa diperbodohkan oleh nafsu serta perasaan tersebut dari kecil hinggalah ke tua. Tahu, tapi susah untuk melawan.

Gambar hasil Ricoh GX200 di Bagan Lalang
Dalam kes awek Ricoh GX200 aku, perkara yang sama berlaku. Setelah dia aku miliki dan puas aku main di sana sini, hijab keburukan mula diangkat dan banyak benda yang aku tak suka mula muncul. Akal aku seolah-olah tertutup dari melihat segala kelebihan yang ada padanya sebelum ini. Puas aku pujuk hati aku, untuk fokus pada kelebihan yang ada pada awek pertama aku itu, tapi sekejap saja bayangan buruk mula menjelma semula.

Satu lagi cubaan nak buat bokeh...tak jadipun!
Segalanya bermula apabila aku menemui satu perkataan yang pelik daripada pembacaan aku di majalah kamera. "Bokeh" menjadi satu perkataan baru muncul dalam perbendaharaan kata aku. Aku hairan kenapa ramai orang cakap tentang perkataan itu. Ada yang sampai menjadi gila dirasuk oleh perkataan itu. Aku mula mencari apa maknannya.

Guna Ricoh GX200
Rupanya 'bokeh' adalah satu perkataan dari bahasa Jepun yang bermakna 'out-of-focus area'. Dalam gambar yang kita ambil, biasanya ada satu titik atau pusat fokus yang mana gambar paling sharp, jelas dan tidak kabur. Kalau kita ambil gambar potret orang, hanya orang itu sahaja yang amat jelas serta tajam dan imej lain yang berada dibelakang atau depan menjadi kabur.

Ada juga bokeh sikit melalui mode 'macro' dengan kamera Ricoh GX200
Ini penting untuk memberikan fokus pada mata yang menatap sesuatu gambar agar terus fokus pada imej yang mahu kita rakamkan. Kalau semua gambar nampak jelas maka akan ada terlalu banyak perkara yang mengganggu mata menikmati keindahan gambar tersebut selain daripada muka orang yang mahu kita rakamkan.

Ni pun nak cuba buat bokeh...
Bokeh pula ada bermacam-macam. Berbagai jenis kabur terjadi bergantung pada jenis lensa yang kita pakai dan yang paling digemari orang adalah bokeh yang halus seperti krim dan ini biasanya terdapat pada lensa berkualiti tinggi seperti daripada jenama  Leica.

Mode macro dengan ricoh
Sejak mengenali istilah itu aku sering kelebek awek aku dan cuba merakamkan suasana bokeh tapi haram tak dapat. Berbagai macam cara aku buat namun masih tak dapat. Menurut pembacaan aku kalau nak buat bokeh kena letak bacaan shutter paling kecil yang termampu dibuat oleh kamera. Dalam kes awek aku tu bacaan yang terkecil adalah f2.5.

Nak buat bokeh konon...
Sepatutnya bacaan tu dah cukup kecil untuk menghasilkan bokeh tapi malangnya kalau letak pada f2.5 dan klik, gambar yang terhasil semuanya jelas dan tiada kawasan kabur. Aku semakin pelik dan tiada jawapannya. Aku mula cemburu tengok gambar orang lain tangkap yang ada bokeh dan aku mula angau rindukan keupayaan buat gambar berbokeh.

Ricoh GX200 di Kuala Muda
Cuba punya cuba, awek Ricoh aku tu hanya mampu buat gambar bokeh jika aku rakam gambar 'macro'. Kalau aku rakam gambar secara dekat menggunakan mode macro barulah objek yang aku tangkap akan jelas dan selainnya jadi blur. Tapi aku nak keupayaan itu boleh dibuat pada gambar potret atau gambar yang ditangkap dari jauh.

Ricoh GX200 ketika pilihanraya kecil di Galas
Akhirnya baru aku tahu rekaan kamera kompak memang tak mampu buat begitu. Konsep compact camera adalah untuk 'point and shoot' jadi gambar akan menjadi jelas di  semua sudut. Ada satu lagi faktor lain iaitu  faktor 'crop'. Nilai sebenar f2.5 pada kamera aku adalah f5 setelah diganda 2 kali pada setiap kamera kompak.

Camera Highland balik dari Galas, guna Ricoh
Sah aku perlu upgrade kamera. Aku perlu mengorat kamera dari keturunan DSLR untuk mampu buat imej bokeh. Aku dah mula terpikat pada awek baru. Aku intai awek baru aku saban hari dan mengeluh. Aku rimas dan serba salah dengan awek ricoh aku. Perlukah aku berpisah dengannya? apa aku nak buat dengan awek ricoh tu kalau aku ambil awek lain....aku sambung selepas ini.

Layanlah sikit gambar-gambar yang aku tangkap tanpa ada bokeh yang aku dambakan cuma gambar yang paling tas sekali diambil dengan kamera DSLR Nikon D7000 menggunakan lensa 35mm f1.8 yang mempamerkan bokeh yang aku maksudkan...
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Indah hanya sebelum dimiliki...!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !