Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

02 March 2012

Kalau anda suka duduk, anda perlu baca ini...

  Ano Nyme       02 March 2012

  • Jika dilihat kembali permulaan kehidupan manusia kebanyakan masa dalam kehidupan kita adalah dalam keadaan berdiri. Samada ketika bercucuk tanam ataupun memburu haiwan untuk makanan.
  • Dari segi struktur badan kita, tubuh badan kita dibina adalah dalam keadaan yang sesuai untuk posisi berdiri dan bukanlah untuk duduk.
  • Malangnya zaman moden sekarang ini dengan adanya TV, komputer, kerja pejabat didepan meja dan sebagainya, kita mengambil masa selama 9.3 jam secara purata untuk duduk dalam masa satu hari. Jangkamasa ini adalah lebih tinggi daripada posisi tidur iaitu secara purata selama 7.7 jam sejari.
  • Tahukah anda jika dalam masa sehari anda duduk selama lebih dari 6 jam, anda meningkatkan risiko kematian sebanyak 40% dalam tempoh 15 tahun berbanding mereka yang duduk kurang dari 3 jam walaupun anda melakukan senaman.
  • Kajian menunjukkan hanya dengan mengurangkan duduk anda boleh membantu kesihatan anda. Maka dengan itu, marilah kita kurangkan duduk dan lebih banyak menjalankan aktiviti memburu dan juga bercucuk tanam.
Maklumat dipetik daripada Utusan Pengguna
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kalau anda suka duduk, anda perlu baca ini...

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !