Pernah dengar kes bumbung sekolah lama runtuh akibat struktur kayunya habis rosak di makan anai-anai?
Itu satu dari contoh kenapa anai-anai merupakan antara serangga perosak yang ramai orang risau. Bukan sahaja di negara kita. Malah di seluruh dunia.
Industri mencari solusi terhadap serangan anai-anai sangat lumayan. Syarikat besar seperti Bayer melaburkan jutaan duit untuk dapatkan pendekatan paling berkesan dalam membendung masaah serangan anai-anai ini kepada penempatan manusia.
Tapi artikel ini bukan nak cerita kerosakan atau keburukan anai-anai pada manusia. Sebaliknya nak ceritakan kepentingana makhluk ciptaan Tuhan ini kepada alam sekitar. Ertinya, ada kebaikan secara tidak lansung kepada manusia di atas muka bumi ini.
Berkut saya berikan beberapa fakta yang menarik berkenaan anai-anai untuk anda renungi.
Fakta anai-anai dan kebaikannya
Ada orang yang menamakan anai-anai sebagai 'white ants' atau dalam bahasa Malaysia semut putih. Sebelum ini ada saya tuliskan di sini bahawa anai-anai bukanlah daripada keluarga semut walaupun tabiat berkoloninya dilihat seperti semut. Dia sebenarnya daripada keluarga lipas.
Walaupun banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai, ia tidak patut dipersalahkan kerana anai-anai adalah serangga hutan yang bergantung harap hidupnya dengan menjadikan kayu-kayan sebagai makanan.
Oleh kerana manusia telah menebas habis hutan, tempat asal anai-anai maka ia sebagaimana biasa merayap dan mencari kayu kayan yang kini terdiri daripada struktur bangunan serta bahan perabot manusia.
Dalam alam sekitar terutamanya di dalam hutan, anai-anai amat penting kerana ia mencerna cellulose kepada bahan yang boleh digunakan untuk menyokong semula penumbuhan tumbuh-tumbuhan.
Kayu serta dedaun yang jatuh bertimbun-timbun di dalam hutan megambil masa yang amat lama untuk dicernakan jika bukan dengan pertolongan anai-anai.
Tanpa anai-anai timbunan kayu serta daun mampu menimbus habis pokok-pokok di hutan dan menyebabkan tumbuhan mati.
Jika anda pernah masuk hutan tentu pernah lihat betapa persekitarannya amat lapang seperti telah dibersihkan oleh seseorang. Itulah sebenarnya sebahagian dari kerja anai-anai.
Walau bagaimanapun anai-anai jika tidak dikawal dari ada dirumah anda, boleh mendatangkan banyak kerugian.
Rugi apabila perabot serta struktur rumah anda dimakannya.
Anda juga boleh baca maklumat berkenaan panduan mengesan kahadiran anai-anai di artikel kat sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !