Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

04 March 2012

Main dengan awek setiap malam selepas akad

  Ano Nyme       04 March 2012
Ramai orang muda kata sebelum akad perlu saling kenal mengenali. Bawak jalan keluar dulu dan main ringan-ringan untuk bina kemesraan. Tapi dalam kes awek aku ni, memang tak ada peluang buat macam tu. Mana ada taukeh kedai kamera yang akan benarkan pelanggan bawa keluar terlebih dulu kamera yang dia nak beli.

Kalau setakat cuba ringan-ringan depan kaunter tekan sana tekan sini dia benarkan. Itupun dengan dia berada di depan kita. Kalau kita mula nak korek lebih-lebih alamat taukeh terus buat bil untuk dihulurkan pada kita.
Sepatutnya aku tinggikan ISO untuk tangkap gambar waktu malam

Samalah ketika aku nak beli awek Ricoh GX200 aku dulu. Tak ada pilihan untuk aku main dengan awek aku selain dari kena akad jual beli dulu. Bayar semua harga penuh dan bawa balik ke rumah. Selepas itu apa saja yang nak aku buat pada awek aku itu, taukeh dah tak kisah lagi. Lantak akulah.

Tak ada apa sangat yang aku tahu tentang awek ricoh aku sebelum aku beli. bagi aku asalkan dia sejenis kamera dan boleh berfungsi untuk tangkap gambar, dah cukup baik untuk aku. Suka atau tak suka aku kena bawa balik untuk main-main dengan dia sampai aku kenal benar apa benda yang dikatakan awek ricoh GX200 aku tu.

Ini contoh ambil gambar yang lansung tak pro...apa ke benda tangkap gambar
tiang jadi foreground...
Maka sejak dari hari pertama aku akad jual beli awek aku tu, boleh dikatakan hampir setiap malam aku akan bermain-main dengan penuh ghairah dengan benda tu. Kadangkala lebih daripada sekali dalam satu malam yang memerlukan tambahan masa sebelum aku masuk tidur.

Aku buka habis butang yang ada, aku tekan sana dan sini.dan semua bahagian aku korek puas-puas. Kalau tak faham aku buka dan baca buku manual yang diberikan bersama kamera aku. Sekurang-kurangnya 2 minggu yang pertama memang satu habukpun aku tak faham walaupun aku cuba berulang-ulang. Bukan senang nak memahami benda baru.

Begitulah berterusan aku main setiap malam dengan awek. Selepas aku beli buku Scott Kelby, baca majalah Digital Kamera, majalan Photography, beberapa buku lain tentang kamera dan sering melayari internet untuk mencari maklumat tentang dunia tangkap gambar aku mula mendapat satu hikmat pengetahuan yang aku rasa paling besar dalam dunia tangkap gambar.

Semua orang lama dalam dunia kamera bersetuju bahawa tidak kira awek kamera jenis apa yang kita pakai,  yang menentukan kehebatan gambar yang kita ambil bergantung kepada hero yang duduk di belakang kamera tersebut. Dia lah yang mencaturkan permainan dan melayari dunia perhubungan antara kamera dan tuan punya.

Aku teringat kata-kata Shun Zhu dalam buku the art of war, seorang ketua perang yang hebat yang menang dalam perang, bukanlah sebab diberikan sekumpulan tentera yang kuat, tetapi kerana kepandaian ketua tersebut menggunakan apa saja kumpulan orang atau tentera yang dia ada secara optimum bersesuaian dengan situasi peperangan untuk kelebihan kumpulannya.

Bagilah apa saja pada Shun Zhu, dia akan study betul-betul jenis tentera apa yang dibekalkan padanya, apa keupayaan mereka, apa kelemahan mereka dan apa saja yang mereka ada atau tak ada untuk digunakan semasa berperang agar ianya bersesuaian untuk menang, bukan main belasah saja.

Berbalik pada awek kamera aku pulak, ia bermakna aku kena selalu main dengan dia korek semua benda yang ada untuk memahaminya agar aku dapat mengenal pasti bagaimana aku boleh gunakan dia bagi mencapai matlamat tangkap gambar aku. Aku tak boleh bergantung pada awek aku untuk memuaskan hati aku dalam aktiviti ambil gambar.

Semakin aku main semakin aku kenal keupayaan dan kelemahan kamera aku tapi aku tak kisah sebab ada banyak lagi faktor lain yang amat penting untuk menghasilkan gambar yang baik dan antara yang paling utama sekali adalah komposisi hambar yang kita ambil, ada tekniknya untuk kita klik dan rakam.

Aku lampirkan beberapa keping gambar yang aku tangkap masa trip aku dengan awek aku ke Sabah. Oleh sebab aku sentiasa ikut nasihat Scott Kelby agar guna ISO paling rendah untuk gambar yang elok, maka aku belasah ambil gambar dalam apa saja keadaan guna ISO100.

Hasilnya bila cahaya tak cukup terutamanya pada waktu malam aku sering tangkap gambar hantu. Orang yang bergerak jadi macam asap kelabu. Masa itu aku tak reti lagi apa kegunaan ISO dan apa hubungkait dia dengan shutter speed. Biasalah baru bercinta mana boleh tahu semua rahsia lagi.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Main dengan awek setiap malam selepas akad

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !