Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

01 April 2012

Ulu Yam lagi...

  Ano Nyme       01 April 2012
Walaupun dah banyak kali aku bawa keluarga pergi ke Ulu Yam, tapi bagi anak-anak aku itu bukan alasan untuk aku bawa mereka pergi dan pergi lagi. Dua ahad lepas aku bawa mereka ke sana sekali lagi apabila anak-anak aku tak ada kelas tambahan serta latihan bolasepak di waktu pagi sebagaimana biasa.

Kalau nak pergi ke Ulu Yam aku lebih suka bertolak awal-awal pagi. Elok kalau pukul 8 pagi tu dah mula berjalan perlahan-lahan mengikuti jalan Kesas, MRR2 sampai ke Batu Cave. Kita boleh sampai dalam lingkungan pukul 9.30 pagi kat kawasan perkelehan tersebut di mana tak ada orang lain yang sampai.


Hari tu aku dan keluarga sampai agak awal tapi sesampainya kami di sana dah ada sekumpulan ahli kelab Rotary dan KELAH sedang berkumpul di salah satu wakaf yang disediakan di sana. Mereka mahu menjalankan aktiviti membersihkan sungai secara sukarela.

Aku dengan sepantas kilat mengambil segala kelengkapan dan bergegas turun ke bawah di sebuah wakaf kegemaran aku. Wakaf tersebut terletak berhampiran dengan sungai, jadi senang untuk aku pantau anak-anak aku main air.

Selesai hamparkan tikar dan letak semua makanan atas wakaf tu, aku bergegas ambil tripod kamera sementara isteri aku bersiap sediakan sarapan nasi lemak dan juga kuih muih.

Aku tak pernah lagi ambil gambar sungai kat situ guna kamera D7000 aku secara manual. Sebelum ini aku guna Ricoh GX200 saja yang juga boleh digunakan secara manual. Ini peluang untuk aku guna D7000 manual untuk mendapatkan rakaman air yang berkrim macam yang biasa kita lihat pada gambar-gambar pemandangan sungai yang mengalir.

Waktu dah agak cerah, tapi disebabkan kawasan sungai banyak ditutupi oleh banyak pokok yang rendang, kawasan menjadi agak gelap dan sesuai untuk aku membuat tempoh exposure yang lama. Aku tambah sikit dengan filter atau polariliser kat depan lens aku tu dan hasilnya sebagai mana kita boleh lihat pada gambar-gambar yang aku pamerkan disini.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Ulu Yam lagi...

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !