- Ada satu saja cara yang kita tahu selama ini untuk menguatkan otot kita. Umpamanya untuk menguatkan daya kekuatan kita mengangkat bebanan, dengan selalu berlatih mengangkat lama kelamaan kita akan mampu melakukannya.
- Kalau biasanya kita boleh buat push-up hanya 10 kali, dengan latihan tanpa jemu tidak mustahil kita mampu melakukannya sebanyak 100 kali.
- Tetapi ada satu lagi cara untuk menambahkan daya kemampuan anda melakukan sesuatu. Anda tidak perlu berlatih secara fizikal, sebaliknya hanya perlu berimaginasi berlatih secara konsisten seumpama anda sedang melakukannya.
- Apa yang anda perlu lakukan adalah duduk atas kerusi, bayangkan anda sedang buat push-up bertubi-tubi setiap hari berterusan membayangkan begitu selama 3 bulan. Selepas itu cuba anda lakukannya secara fizikal dan lihat perubahannya.
- Kajian menunjukkan mereka yang buat latihan secara fizikal akan menambahkan kekuatan mereka sebanyak 53% manakala mereka yang berlatih secara imaginasi menambah kekuatan mereka sebanyak 35%.
- Jika anda mahu tahu lebih lanjut bagaimana melakukannya dan bagaimana menggunakan otak secara maksimum baca buku "Mind Hacks: Tips & Tools for Using Your Brain"
Jasduit - Just do it !
08 April 2012
Bolehkah kita jadi kuat hanya dengan membayangkan latihan
Ano Nyme 08 April 2012
Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Bolehkah kita jadi kuat hanya dengan membayangkan latihan
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !