- Bolehkah kita agak kedudukan pekerjaan seseorang dengan melihat tahap kegembiraannya ketika baru masuk Institusi Pengajian Tinggi. Adakah tahap keceriaan tersebut boleh memberikan indikator samada dia berpuas hati dengan kariernya serta mempunyai pendapatan yang tinggi selepas itu?
- Bancian yang dijalankan terhadap 13,676 pelajar pada tahun 1976 mendapati mereka yang ceria dan gembira ketika baru masuk belajar di kolej 19 tahun kemudiannya mempunyai pendapatan yang tinggi dan juga berpuas hati dengan kerjaya mereka. Mereka juga amat jarang menganggur selama 19 tahun selepas tamat belajar.
- Jadi bagi para pelajar yang masih muda dan akan masuk IPTA atau IPTS dan juga mereka yang sudah masuk, pastikan anda ceria dan gembira dengan apa yang anda sedang lakukan.
- Kalau anda tak suka dengan keadaan yang anda hadapi sekarang ini, buat sesuatu samada tukar jurusan atau tukar universiti/kolej sampai anda ceria.
- Bagi ibubapa pula pantaulah tahap keceriaan anak anda di universiti atau kolej agar anak anda dapat menyumbang dan menyara anda dihari tua nanti.
- Walau bagaimanapun kalau terlalu ceria sampai kena tendang keluar U sebab tak pernah lulus peperiksaan susah jugak!. Kajian tidak pula menyatakan samada semua yang berjaya setelah 19 tahun mempunyai rekod pelajaran yang cemerlang. Baca sini
Jasduit - Just do it !
03 April 2012
Hubungkait kegembiraan ketika baru masuk IPT dengan pekerjaan
Ano Nyme 03 April 2012
Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Hubungkait kegembiraan ketika baru masuk IPT dengan pekerjaan
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !