Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

05 April 2012

Kita hidup bahagia setelah berjaya atau kita berjaya sebab kita hidup bahagia?

  Ano Nyme       05 April 2012

  • Orang tua selalu berpesan, belajar pandai-pandai, usaha keras dan bersungguh-sungguh, tahan segala rintangan, banyak bersabar dengan dugaan, nanti setelah berjaya, pangkat tinggi, duit banyak, isteri bagus, nescaya kita akan hidup bahagia.
  • Pepatah pula ada menyebut, 'berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'.
  • Nampaknya macam kita perlu berjaya dahulu untuk bahagia. Adakah benar begitu?
  • Tetapi kajian terbaru dalam neurology dan juga psikologi mendapati, kita akan menjadi berjaya apabila kita hidup bahagia.
  • Doktor yang diletakkan dalam mood yang positive didapati mampu melakukan diagnosis 3 kali ganda lebih bijak daripada doktor biasa yang neutral.
  • Jurujual yang positif dan gembira dapat menjual 56% lebih tinggi daripada rakannya yang neutral. Ini menunjukkan otak kita akan berfungsi dengan amat cekap sekali apabila kita berada di dalam keadaan bahagia.
  • Oleh itu, janganlah bersedih, bergembiralah dan penuhkan hidup kita dengan perkara-perkara yang berfaedah dan menceriakan diri kita.
  • Nak tahu lebih lanjut sila baca buku ini: "The Happiness Advantage: The Seven Principles of Positive Psychology That Fuel Success and Performance at Work"
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kita hidup bahagia setelah berjaya atau kita berjaya sebab kita hidup bahagia?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !