Baru sampai. Setelah check in, tukar pakaian anak-anak untuk bersiar-siar sekitar Bukit Fraser waktu malam. Lihat suasana kabus ketika itu di belakang. |
Sebelum ini aku ada post gambar layer kebiru-biruan yang aku ambil ketika naik Bukit Fraser dengan anak-anak masa cuti sekolah baru-baru ini. Aku masih tak ceritakan perjalanan ke sana lagi masa tu.
Kali ni aku nak cerita dan muatkan lebih banyak gambar yang aku ambil sepanjang lawatan singkat ke bukit peranginan yang dinamakan sebagai Fraser sempena nama seorang saudagar orang putih pada masa penjajahan dulu.
Bangunan kat sana semuanya ikut corak bangunan British untuk menimbulkan lagi suasana ke-British-an peninggalan penjajah. Ditambah dengan sejuk yang mencecah tulang terasa macam aku duduk kat England semasa berada di sana.
Aku rasa pada mereka yang ada anak-anak elok bawa ke Bukit Fraser sebab merekalah yang paling seronok merasai pengalaman suasana sejuk. Senang nak terangkan pada mereka kenapa negeri tempat mat saleh mereka terpaksa pakai pakaian tebal.
Minum milo seorang secawan dan burger seorang separuh untuk rasa. Kami sekeluarga dah makan nasi tomato dengan ayam masak ros yang dibekalkan emak dari rumah. |
Satu perkara baru yang aku rasa ramai yang masih tak tahu adalah untuk ke sana sekarang ini dah bukan lagi macam dulu. Dah ada dua jalan untuk naik dan juga untuk turun. Jadi tak payah tunggu setiap satu jam bagi laluan trafik turun dan naik. Samada boleh naik waktu malam atau tidak aku kurang pasti. Tapi untuk keselamatan eloklah naik masa cerah.
Ketika turun balik aku terserempak dengan laluan yang dihadang oleh pokok besar yang tumbang. Nasib baik waktu siang dan cerah kalau tidak tentu aku dah langgar pokok tersebut.
Ini pemandangan waktu pagi diluar dari tingkap apartment yang aku sewa. |
Masa kami sekeluarga naik hari tu tak ada ramai orang yang berkunjung ke Bukit Fraser. Kami naik pada hari selasa petang, iaitu hari bekerja. Aku bertolak dari Pulau Pinang pukul 12 tengahari dan terus ke Kuala Kubu Bharu (KKB). Masuk dalam pekan KKB aku cari signboard ke Bukit Fraser.
Sebenarnya senang saja nak ke sana. Kalau kita naik Highway, sampai exit ke Kuala Kubu Bharu terus keluar dan cari tanda arah ke Bukit Fraser. Sebaik saja jumpa simpang masuk ke Pekan Kualau Kubu Bharu, itulah juga jalan yang sama ke Bukit Fraser. Kita hanya perlu terus ikut saja terus-dan terus sampailah anda naik bukit.
Ini jalan turun. Bukanlah besar sangat kawasan Fraser Hill. Kalau pergi banyak hari tentu bosan. |
Tetapi awas, kalau anda masih tak cekap memandu kereta elok jangan memandai bawa naik ke sana. Jalannya memang amat mencabar dan agak sempit. Merbahaya kalau memandu laju-laju.
Sampai kat atas carilah tempat penginapan yang anda rasa sesuai. Kebanyakannya berbentuk apartment dan harganya tidaklah murah sangat. Kalau waktu kerja macam aku pergi tempoh hari, tak risau nak berebut tempat penginapan dengan orang lain. Biasanya waktu cuti hujung minggu, ramai orang ke sana.
Kami sekeluarga sewa sebuah apartment berharga RM265 untuk satu malam dan aku tambah RM8 untuk tambahan sarapan seorang lagi. Apartment yang aku sewa tu ada ruang tamu, dapur, balconi, dan dua bilik dengan setiap satu bilik ada sebuah katil king size.
Bergambar depan padang golf kat atas tu |
Untuk makan malam atau makan tengahari tak ada masalah. Ada sebuah foodcourt di atas tu yang menyediakan masakan melayu dan juga western. Ada juga sebuah restoran melayu belakang Masjid. Aku dapat tahu ada restoran tu masa pergi solat magrib berjemaah di masjid.
Hanya ada imam seorang makmum dan aku ketika solat berjemaah. Tak ramai yang datang. Mungkin hari hujan membuatkan tak ada yang nak datang. Ambil air sembahyang malam tu memang menyiksakan. Tambahan pula aku sekeluarga lansung tak bawa pakain sesuai untuk tempat sejuk.
Masa hari aku pergi tu musim hujan. Cuaca amat sejuk dan berkabus tebal. Lagipun kesuntukan masa. Aku rasa rugi sebab tak bawa kasut dan lain-lain kelengkapan untuk redah jalan hutan. Ada banyak trek di Bukit Fraser khas untuk mereka yang cintakan alam sekitar dan mahu ambil angin jalan-jalan cari penat kat sana.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !