- Bagi yang biasa solat berjemaah di masjid atau di surau persoalan bagaimana nak meneroka satu saf baru apabila saf dihadapan sudahpun penuh bukanlah satu perkara yang sukar. Bagi yang jarang solat berjemaah tetapi ilmu penuh di dada juga tentu ini bukanlah perkara rumit dan anda tentu tak menghiraukannya kerana tidak diperlukan.
- Teknik yang bakal diperturunkan di bawah ini adalah khas untuk mereka yang baru menjinakkan diri bersolat di masjid atau surau dan masih belum terserempak dengan majlis ilmu yang menghuraikan masalah bagaimana membuka saf baru.
- Ada bermacam ragam cara yang boleh kita lihat orang meneroka saf baru, tapi saya cuma mahu memberikan tumpuan pada Masjid di kampung saya iaitu Masjid Kubang Semang yang punyai sebuah masjid yang agak besar dewan solatnya.
- Bahagian depan dewan solat Masjid Kubang Semang dipisahkan oleh tangga mimbar yang panjang yang berada di sebelah kanan masjid. Bagi saf pertama ia bersambung apabila ada jemaah yang berdiri di bawah pentas mimbar yang tinggi itu.
- Apa yang unik jika diperhatikan di sana adalah kegemaran sekumpulan para jemaah tertentu yang memulakan bukaan saf di sebelah kanan sekali masjid Kubang Semang dan saf akan dipenuhi dari kanan masjid menuju ke kiri hinggalah rapat dengan tangga mimbar. Sebaik saja penuh saf tersebut satu lagi saf baru akan diterokai dan begitulah seterusnya.
- Semua itu menjadikan kawasan di sebelah kanan tangga mimbar kadangkala mempunyai jumlah saf yang lebih banyak daripada saf yang berada di sebelah kiri mimbar. Dari jauh kita akan melihat kejanggalan di mana saf di belakang imam hanya 3 baris manakala sah di sebelah kanan imam di sebalik tangga mimbar ada sehingga 5 baris.
- Saya sering tertanya-tanya fatwa manakah yang alim ulama di sebelah kanan mimbar itu ambil. Nak dikatakan mereka jahil, kebanyakan mereka adalah lepasan pondok Nabi'atul 'Ulum Kubang Ulu yang terkenal itu dan sehingga sekarang masih tidak henti-henti menadah kitab di serata Masjid di Seberang Perai.
- Oleh kerana takut ditempeleng oleh orang Kubang Semang yang garang-garang itu saya ambil keputusan untuk tidak bertanya. Saya pernah melihat seorang pemuda (orang luar) yang ditempeleng sehingga terhoyong hayang kerana menegur seorang imam di Masjid tersebut.
- Berbalik kepada tajuk utama kita di atas. Saf yang baharu yang perlu dibuka setelah saf hadapan penuh adalah dengan berdiri di belakang imam pada saf yang baru itu. Ini bermakna tidak afdal membuka saf yang baru di sebelah kanan sekali masjid yang amat jauh dari imam bagi masjid yang besar.
- Ini berdasarkan hadith yang menerangkan saf yang terbaik adalah saf yang pertama dan di sebelah kanan imam, kemudia di sebelah kiri dan kemudia saf yang kedua dan begitulah seterusnya. Ada juga kitab-kitab lama yang menrangkan mereka yang berada di sebelah kanan imam adalah lebih afdal.
- Saya syak para alim ulama Kubang Semang mengambil petua tersebut yang mengatakan saf di sebelah kanan imam adalah lebih afdal lalu mereka membuka saf baru di hujung sekali sebelah kanan masjid. Sebenarnya mereka celaru antara sebelah kanan masjid dengan sebelah kanan imam.
- Jika di sebelah kanan imam, sudah tentu ia bermula dibelakang imam dan bersambung ke arah kanan menuju ke kanan masjid. Bukannya bermula di sebelah kanan masjid dan perlahan-lahan bersambung ke kiri.
- Walau apapun, ringkasnya jika anda mahu buka saf baru mulakan betul-betul di belakang imam dan jemaah yang kemudian datanglah sambung menyambung memenuhi kiri dan kanan orang pertama biar seimbang.
- Jika di depan anda ada satu kekosongan sahaja dan ada seorang lagi jemaah yang terpaksa membuka saf baru maka janganlah anda pentingkan diri sendiri dengan memenuhkan satu kekosongan tadi dan membiarkan jemaah yang seorang itu bersendirian meneroka saf baru. Temanilah dia di saf baru itu.
Jasduit - Just do it !
01 April 2012
Teknik teroka saf baru dalam solat berjemaah
Ano Nyme 01 April 2012
Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Teknik teroka saf baru dalam solat berjemaah
Previous
« Prev Post
« Prev Post
Next
Next Post »
Next Post »
ee.. ngerinye kena lempang sebab tegur imam...
ReplyDeleteBukan imam yang lempang tapi orang lain, jemaah yang mungkin anggap pemuda tu biadab...biasalah orang kampung, ada yang gedebe berlebihan.
DeleteBenar apa yang anda nyatakan itu.
ReplyDeleteBenar apa yang anda nyatakan itu. Yang dah otai pun banyak yang tak tahu. Nak tegur tak berani, nanti depa kata depa lebih banyak makan garam. Dalam hati memang geram. Oleh kerana depa faham belah kanan lebih afdal, depa pi pulun penuhkan sebelah kanan sampai nak santak ke dinding. Bagi yang cerdik akan masuk ke kiri, bagi balance.
ReplyDeleteSaya cadangkan kalau dapat sesiapa buatkan video secara amalinya dan muat naik ke youtube.
just nak tanya, ada ke nas atau dalil? saje nak tahu sebab rasa what you write is correct. Pernah terbaca tapi x ingat di mana.
ReplyDeleteboleh share dgn kawan2 nanti.
thanks
Nas atau dalil tentang yang mana satu. Nas tentang keutamaan barisan saf memang dah terkenal. Cuma yang dimaksudkan sebelah kanan imam tu saja adalah penafsiran.
DeleteJika sebelah kanan imam itu maknanya sebelah kanan masjid, maka jika solat di kawasan lapang yang bukan dalam masjid akan bermula di mana?