Kalau dilihat ayat pada tajuk yang saya pilih, nampaknya sedikit panjang. Dalam bahasa Inggeris ia berbunyi "The Most Improved Cars of 2012". Adakah ayat lain dalam bahasa Malaysia yang boleh digunakan untuk menterjemahkannya?
Berikut adalah senarai 10 kereta yang paling menonjol pembaikan yang telah dilakukan berbanding dengan model mereka yang sama sebelum ini. Pembaikan dinilai dengan melihat kajian serta komen dari pelbagai sumber terhadap sesebuah kereta.
Ford Focus direkabentuk semula untuk 2012 dan mendapat pujian terhadap bentuknya yang sporty. Kereta ini kini berada di dalam senarai tertinggi dalam kategori kereta kompak. |
Hyundai Accent banyak melakukan pembaharuan tetapi ia nampaknya masih tidak cukup untuk meletakkannya dalam senarai kereta pilihan dalam kategori kereta ekonomi |
Toyota Camry memang sebuah kereta yang bagus sebelum ini tapi ianya diperbaiki lagi dengan keupayaan penjimatan tenaga dan memandu yang lebih baik |
Camry Hybrid membuat pembaikan terhadap ruang dalaman serta penjimatan penggunaan tenaganya |
Toyota Yaris dipuji dari segi ciri-ciri keselamatannya |
Kia Sportage membuat pembaharuan pada suspension serta enjin turbo |
Cadillac SRX |
Honda CR-V menjadi kereta paling laris dijual dalam kategorinya. Membuat pembaikan dari segi bunyi dalam kabin yang lebih senyap |
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !