Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

05 May 2012

Cara mudah dan menyeronokkan turunkan tahap kolestrol yang tinggi

  Ano Nyme       05 May 2012

  • Teori menyatakan bahawa kasih sayang mempengaruhi tahap stress seseorang dan apabila kita berkasih tahap stress kita akan berkurangan.
  • Atas dasar ini penyeledik menjangkakan jika kita meningkatkan tahap perlakuan kasih sayang kita maka secara logiknya ia akan membantu tahap mental dan juga keadaan fizikal kita.
  • 52 orang telah dikumpulkan dan dibahagikan kepada dua kumpulan bersama pasangan masing-masing untuk membuktikan hipotesis ini dan satu kumpulan menjadi kumpulan kawalan. Sebelum ujian dilakukan sampel darah mereka diambil untuk ujian hematologi.
  • Dalam tempoh selama 6 minggu satu kumpulan lagi diarahkan untuk menggandakan aktiviti bercium mereka dengan lebih kerap. Sampel darah selepas 6 minggu diambil untuk dilakukan ujian sekali lagi bagi melihat kesannya.
  • Hasilnya adalah mereka yang kerap bercium didapati terkawal emosi tanpa tekanan, bertambah erat hubungan mereka dan yang paling hebat tahap kolestrol mereka turun dan terkawal dengan baik!
  • Sumber: "Kissing in Marital and Cohabiting Relationships: Effects on Blood Lipids, Stress, and Relationship Satisfaction" from Western Journal of Communication
  • Bagi mereka yang belum berkahwin segeralah berkahwin jangan lepaskan peluang keemasan ini. Bagi mereka yang isteri dah tua dan tidak mahu bercium lagi, mohon izin padanya untuk cari satu lagi isteri, guna untuk bercium. Orang tua lebih perlu untuk turunkan tahap kolestrol.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Cara mudah dan menyeronokkan turunkan tahap kolestrol yang tinggi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !