Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

24 May 2012

Elakkan iPad, jangan jadi hamba kepada majikan anda!

  Ano Nyme       24 May 2012

  • Jika anda bekerja, cuba lihat sekeliling pejabat anda dan kenal pasti siapakah antara rakan sekerja anda yang paling stress atau paling tertekan jiwanya dengan pekerjaan. Bagaimanakah anda dapat mengesan bahawa rakan anda tersebut itu amat stress dengan hanya melihat pada peralatan komputer yang digunakannya.
  • Jawapannya mudah sahaja, semakin kecil peralatan komputer yang digunakan oleh rakan sekerja anda itu, bermakna semakin tertekan jiwanya. Jika rakan anda menggunakan peralatan seperti iPad atau Tablet dari jenis yang lain, mereka biasanya merupakan pekerja yang cukup stress.
  • Ini berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Toshiba yang mendapati 86% daripada mereka yang menggunakan iPad atau Tablet lain mengaku berasa amat tertekan ditempat kerja mereka. Bagi mereka yang menggunakan Laptop pula jumlah yang merasakan stress berkurang kepada 68% dan mereka yang menggunakan Desktop pula mencatatkan hanya 57% perasaan tertekan ditempat kerja.
  • Kajian juga mendapati mereka yang menggunakan peralatan kecil seperti iPad juga amat mudah menjerit terhadap teman sekerja mereka. Keadaan tertekan dengan kerja pada mereka yang menggunakan peralatan seperti itu mungkin atas faktor peralatan yang boleh dibawa ke mana sahaja. Ini membuatkan mereka sentiasa dalam keadaan bekerja walau dalam keadaan apa sekalipun hatta di bilik air.
  • Laptop walaupun boleh dibawa ke mana-mana, ia lebih sukar berbanding Tablets, apatah lagi Desktop, sebaik sahaja anda melangkah keluar dari pejabat, anda sudah meninggalkan segala pekerjaan anda di sana sehinggalah anda datang semula keesokkan harinya.
  • Teknologi sebenarnya dicipta oleh para kapitalis untuk membuatkan warga pekerja menjadi hamba kepada majikan mereka sepanjang masa. Dengan telefon bimbit yang sentiasa terbuka sahaja sudah cukup untuk membuatkan anda sentiasa boleh diganggu oleh boss anda di sepanjang masa, apatah lagi dengan smartphone, Tablet dan lain-lain seumpamanya. Anda dipaksa secara halus untuk menjadi tenaga kerja yang amat produktif tak kira di mana saja anda berada.
  • Oleh itu jika selepas ini anda mahu memohon pekerjaan dan mahu jenis kerja yang tidak tertekan dan tidak menjadikan anda hamba kepada majikan anda, pastikan kerja anda tidak dibekalkan kepada apa-apa peralatan perhubungan yang canggih, jangan tertipu jika majikan anda menjanjikan anda Blackberry, ia adalah perangkap untuk menjadikan anda sebagai hamba kerjanya. 
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Elakkan iPad, jangan jadi hamba kepada majikan anda!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !