Satu lagi cabaran bagi mereka yang rindukan aktiviti kampung masa kecil yang terdapat di Kenaboi adalah cabaran membuat dan merakit di sepanjang Sungai Kongkoi. Sementara menunggu nasi dan lauk yang dimasak dalam buluh siap, kita boleh pergi ke Sungai di sebelah untuk mandi dan juga membuat rakit.
Terdapat banyak pokok buluh di sepanjang sungai yang ruasnya besar dan sesuai untuk dijadikan rakit. Pilih buluh yang tua-tua sebanyak lapan batang kerat sepanjang 10 kaki lebih kurang dan campakkan ke dalam air. Setiap buluh itu ditebuk lubang kecil pada hujungnya untuk dijolokkan buluh kecil bagi mengikat kesemua lapan batang buluh itu menjadi rakit. Aktiviti membuat rakit itu dilakukan dalam air sebab lebih mudah untuk kerja penyusunan buluh. Buluh yang terapung di atas air menjadi lebih ringan.
Kerja buat rakit tu tak lama sangat untuk disiapkan tetapi bagi yang tidak biasa bermain buluh terpaksa menanggung rasa miang atau gatal pada tangan dan badan. Kalau nak elakkan rasa gatal, pakai baju berlenggan panjang dan sarung tangan. kalau tidak terpaksalah menahan gatal sekurang-kurangnya 3 hari.
Bila rakit dah siap, semua rasa letih dan gatal akan hilang bila kita dengan tenang menyusuri sungai mengikut arus. Memang best main rakit ni. Tapi masalah rakit adalah kesukaran untuk berpatah balik melawan arus. Kita tak ada pilihan lain melainkan mengangkat bulut ke darat dan tanggung atas bahu untuk berlatah balik....ada berani ka?
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !