Aku dah banyak kali ke Cameron Highland. Dari masa bukit tu sejuk dulu sampailah bukit peranginan itu dah tak lagi sejuk sekarang aku dah beberapa kali ke sana. Tapi selama itu aku hanya pergi ke Ladang Teh Bharat saja. Tak pernah lagi ke Ladang Teh Boh.
Kali ini, sempena musim cuti sekolah yang lalu aku pergi panjat sekali lagi ke Cameron Highland. Aku tempah siap-siap sebuah apartment yang aku jumpa semasa google untuk mencari tempat penginapan. Banyak yang dah penuh, maklumlah cuti sekolah. Aku bernasib baik bila terjumpa hotel cina yang masih ada kosong di Brincang.
Hotel tu terletak betul-betul di pusat paling sibuk di kawasan Cameron Highland tu. Kawasan Brincang yang dipenuhi peniaga cina dengan pasar malamnya yang ada setiap malam. Hotel aku tu terletak betul-betul di depan kawasan pasar malam membuatkan kerja cari parkir kosong satu kerja yang amat mencabar. Hotel tu tak mahu ambil perduli dengan masalah parkir, pandai-pandailah kalau nak hidup.
Tak ada apa yang nak diceritakan tentang Cameron Highland sebab dah ramai sangat orang Malaysia ni yang dah pernah sampai ke sana. kalau tak pernah sampai lagipun tak apa sebab tak ada apa-apa yang menarik melainkan bersepahnya ladang buah strawberry yang tak hebat manapun. Tapai kalau ada anak-anak terpaksalah bawa jugak sebab bagi mereka itu bukit peranginan yang terlalu hebat begitu juga buah strawberry, terlalu lazat bagi kanak-kanak, mungkin hanya sebab warna dia merah kot?.
Aku cuma nak cerita dan kongsikan gambar lawatan aku ke Ladang Teh Boh. Aku singgah waktu bergerak balik turun dari Brincang menuju ke Tapah. Kalau lalu ikut jalan tu peka dengan mata dan lihat singboard Ladang Teh BOH. Ikut saja dan anda akan sampai.
Aku cekalkan hati dan azam untuk sampai juga ke pejabat ladang walau apapun yang terjadi. Akhirnya aku sampai juga di mana aku terus matikan idea yang bermain di otak aku yang berfikir macam mana pulak nak balik nanti. Kalau aku layan soalan tu alamat aku tak ada mood untuk meninjau kawasan ladang tu.
Kebetulan aku sampai ada peluang meninjau masuk kilang proses serbuk teh bersama dengan seorang pekerja yang menerangkan prosesnya satu persatu. Aku ambil peluang tu dan sentiasa duduk betul-betul di depan wanita india yang membaut penerangan pada orang ramai yang kebanyakannya mat saleh. Bertambah lagi ilmu aku tentang kilang proses teh Boh hari itu.
Selepas keluar dari kilang aku ajak keluarga sarapan. Aku tengok ada sandwich dan yang paling istimewa sekali adanya teh Boh yang boleh di beli samada satu cawan, atau untuk sekeluarga. Aku order untuk satu keluarga bersama beberapa keping sandwich dan harganya kesemua adalah RM45 !, mak datuk ! apa punya teh mahal nak mampus.
Tapi apa nak buat dah sampai kena minum juga entah bila pula akau akan datang belum tahu lagi. Mungkin tak akan datang lagi. Yang menarik kat ladang tu adalah adanya sebuah puncak paling tinggi yang kita kena panjat untuk melihat panorama ladang sekeliling. Jangan lepas peluang panjat bukit tu dan awas dengan angin yang terlalu kuat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !