Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 July 2012

Kembara Malaysia malam terakhir dalam hutan - Bunyi lalat kuat berdengung

  Ano Nyme       14 July 2012
Ini sambungan daripada catatan yang lalu, kembara Malaysia masuk hutan...

malam di dalam hutan
Makan malam gulai ikan kelah
Tengahari Sabtu, iaitu hari kedua kami kembara Malaysia masuk hutan. Makanan tengahari simple saja. Sayur goreng kicap, telur dadar, ikan kering goreng masak asam ranggup dan sudah tentu seraga penuh ikan sungai goreng yang cukup ranggup. Macam biasa lepas makan kami bermalas-malasan melayan suasana damai kenyang perut dalam hutan.


Ini daging kambing panggang guna bara api kayu balak
Petang sikit kayu api yang siap dipotongpun tiba untuk kami jadikan unggun api malam terakhir. Pada mulanya aku dan 2 lagi rakan ambil beberapa tonggol besar untuk dinyalakan bersebelahan khemah kami di hujung hutan. Aku nyalakan api dengan menggunakan bara yang masah ada dan bila petang api dah mula semarak. Kami melepak sebentar setelah penat menyusun kayu buat api. Selesai solat magrib kami bertiga lepak sebentar dalam samar-samar magrib berbual kosong. Ketika berbual itulah aku perasan bunyi lalat hijau berdengung kuat dan bunyinya samar-samar. Aku cuba meneliti dari mana lalat tersebut tapi tak jumpa, lalu aku biarkan saja ia berlalu.
Ini tempat kami basuh pingan mangkuk dan besiang ikan
Keadaan yang semakin gelap itu ditambah dengan berita tapak kaki harimau membuatkan timbulnya idea untuk meninggalkan khemah dan beralih ke kawasan unggun api besar yang kami pasang di atas. Ketiga-tiga kami bersetuju dan akhirnya kami kosongkan tempat tersebut dan pergi pasang khemah iglu. Ada dua khemah iglu yang aku dan kawan bawa yang masing-masing muat 4 orang.
Baru mandi di pagi subuh
Tengah dok pasang khemah, tiba-tiba terdengar bunyi yang cukup bising datang menuju ke arah kami semakin lama semakin kuat. Bunyinya berdengung-dengung, sahut menyahut dan dada aku sedikit berdebar menunggu apa yang akan muncul. Tak lama kemudian muncullah motosikal cross yang banyak naik ke situ. Aku tak kira pulak berapa buah tapi ada lebih dari 10 buah motosikal berserta satu 4x4. Aku tercegat menunggu segala kemungkinan apabila salah seorang dari penunggang motosikal tersebut melaung dengan kuat......"ASSALAMUALAIKOM!", aaah lega!.
Gambar yang aku rakam ketika merayau tepi sungai waktu pagi
Kami menyambut salam serentak dan kemudiannya kesemua penunggang mula turun dan menghampiri kami dan bersalam seorang demi seorang. Mereka juga mahu berkhemah di situ malam itu dan datang dari Segamat, Johor. Mereka sampai lewat gelap kerana berlaku kerosakan pada kenderaan mereka dalam perjalanan. Ketika itu baru aku teringat bunyi berdengung lalat samar-samar yang aku dengar selepas magrib tadi, rupanya bunyi motor cross yang banyak itu menuju ke arah situ. Segala misteri terjawab akhirnya.

Antara pemandangan sungai yang dirakam
Makan malam terakhir cukup istimewa dan aku rasa hanya segelintir rakyat Malaysia sahaja yang pernah menikmati apa yang kami semua makan malam itu. Ikan Kelah! ya kari ikan kelah. Tentu tak berapa kerat manusia yang pernah rasa kari ikan kelah dan kamipun hanya buat menu tu untuk cuba kalau-kalau ia sedap. Kalau nak tengok rupa macam mana kari ikan kelah itulah, gambar yang paling atas sekali. Seketul ikan kelah yang siap dimasak kari dimasukkan ke dalam pinggan bersedia untuk di suap.
Ini tempat kami mandi manda

Malam tu aku rasa semua kena pukau hasil dari doa aku untuk belasah kepala ikan kelah masak kari. Walaupun aku antara orang terakhir yang makan, bila aku nak ambil lauk ikan dari periuk kari masih tertinggal dua ketul ikan kelah, satu bahagian ekor dan satu lagi bahagian kepala, mereka tinggalkan pada aku keduanya bahagian hujung dan aku pilih kepala ikan kelah. Tapi malangnya aku tak rakamkan gambar sebab risau kalau aku letak pinggan untuk ambil kamera kepala itu akan lesap! hehehe...
Ini tempat aku melepas. Setiap kali melepas mat aku liar pandang
depan dalam hutan takut pak belang muncul

Waduh! waduh! itu first time aku jamah ikan kelah dan baru aku tau sisik diapun kita boleh makan, patutlah masa aku tolong chef potong ikan tadi dia merunggut sayang sisik jatuh. Aku tahu dah kenapa. Lain kali tak payah potong lagi, terus masukkan seekor penuh dalam periuk. Ikan kelah memang terlalu mahal, mungkin itu mempengaruhi minda aku untuk menyatakan rasanya sedap, walau apapun, tak ada benda yang tak sedap bila makan dalam hutan.















logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kembara Malaysia malam terakhir dalam hutan - Bunyi lalat kuat berdengung

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Sedapnya gambar lauk yang terhidang di sini. Tak payah masuk master chef nampak semuanya dah well blend. ( Tak pernah makan ikan kelah dan tak tau apa rasanya ).

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam ikan terubuk tetapi semua boleh makan termasuk sisiknya yang tebal...sedap dan lemak!!!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !