Jumaat baru-baru ini aku dan beberapa orang kawan lagi buat keputusan untuk aktiviti kembara Malaysia masuk dalam hutan. Kami sengaja lari masuk hutan untuk beberapa ketika bagi menghindari kesibukan yang tak pernah habis berada di dalam bandar. Kalau nak dilayan dengan kerja menampung kehidupan di bandar, memang tak akan ada titik penamat, ada saja kerja nak kena buat sampai tak ada masa untuk merehatkan minda.
Kembara Malaysia masuk dalam hutan ni banyak mambantu menyegarkan semula badan, fizikal dan mental. Melatih ketahanan jiwa dan membuang rasa takut. Berada dalam hutan aku sekurang-kurangnya belajar mengambil tahu bahawa ada kehidupan di dalam sana dan kesusahan berada di dalamnya mengajar aku bersyukur dengan apa yang aku ada.
Kami mula berkumpul di depan gerai makan yang berada betul-betul di depan Pintu Masuk 1 ke Putrajaya. Kedai tu terletak di Kampung Dato' Abu bakar Baginda di tepi jalan. Seawal pukul lapan pagi aku dan seorang lagi kawan yang merupakan tuan punya Pajero 4x4 yang aku tumpang sampai di depan kedai makan tersebut.
Fulamak oooi! punya ramai warga kerja di Putrajaya berebut sarapan dalam kedai tu sampai tak cukup kerusi meja. Kami duduk situ menunggu seorang lagi kawan dengan 4x4 sambil makan dan minum ala kadar. Makan sambil menjamu mata dan mengata pada para pegawai yang berpusu-pusu datang silih berganti makan di situ.
Tak lama kemudia muncul hero kami yang merupakan penganjur program lari masuk hutan hari itu. Dia datang membawa penuh segala bekalan makanan dan juga peralatan memasak sebagai bekalan ketika berada di dalam hutan. Dia masuk makan dan aku menunggu seorang lagi kawan dari KL yang akan turut serta lari masuk hutan hari itu.
Dia ada 4x4 sendiri tapi akan ditinggalkan saja di sebuah workshop di situ untuk naik bersama dengan hero lari masuk hutan. Jadi kami cuma berempat setakat pagi itu sebelum bertolak menuju ke tol senawang. Ada satu lagi kumpulan yang kami janji untuk berkumpul di sana. Sebelum bertolak kami beli ayer minum RO dua bekas penuh. Kalau tak ada ayer ni tak sedap pulak memasak dan bancuh kopi dalam hutan.
Semua dah siap kami terus bertolak menuju ke tol senawang. Sampai di situ sebuah 4x4 lagi berserta 4 orang peserta lari masuk hutan muncul. Mereka semuanya pakar selam dan pakar menembak ikan dalam sungai. Kami perlu bawa dan jaga mereka baik-baik sebab merekalah yang bakal menjadi sumber lauk ikan kami ketika berada di dalam hutan nanti.
Sebaik saja mereka sampai kami susun semula kedudukan penumpang agar seimbang lalu bertolak menuju ke Pasaraya Giant Seremban. Ada beberapa barangan lagi yang perlu dibeli sebagai bekalan masuk hutan nanti. Kawan aku ambil kesempatan beli lampu suluh memandangkan itu barang wajib yang semua orang perlu ada, jadi tak payah nak pinjam-pinjam dan kacau orang lain ketika berada dalam hutan nanti. Selesai semua kami bersama 3 buah 4x4 bertolak menuju ke Bahau.
Ada lagi 2 orang yang akan turut serta. Seorang dari Kuala Pilah yang merupakan pakar potong kayu api dan seorang lagi dari Bahau yang merupakan hantu memancing. Semua yang turut serta melengkapkan survival kami untuk lari masuk hutan. Di Bahau aku sempat beli kasut but getah yang biasanya digunakan oleh pemotong getah. Kasut ni bagu ketika berada dalam hutan sebab dia waterproof dan yang paling penting sekali dia amat murah hanya RM6.00 hehehe.
Selesai beli kasut terus sambung perjalanan menuju ke Cenderawasih. Sebelum itu kami singgah solat Jumaat di Kampung Mahsan. Selesai solat jumaat aku belasah ambil sebungkus bihun yang ada di pintu masjid. orang buat kenduri, rezki jangan ditolak Jimat 3 atau 4 ringgit melapik perut nanti. Kami semua singgah sebentar makan tengahari selepas solat jumaat. Makan dengan pantas dan sambung perjalanan. Semua mesti sampai sebelum petang ke pintu gate estate yang merupakan pintu masuk menuju ke dalam hutan.
Lebih kurang satu jam kami sampai di pintu Gate estate tersebut tapi malangnya pejabat telahpun ditutup. Kami perlu mendaftarkan diri dan kenderaan untuk mendapat kebenaran masuk menggunakan jalan estate tersebut menuju ke dalam hutan. Namun dengan kehebatan hero kami berbincang, dia kawtim dengan jaga yang akhirnya membenarkan kami masuk. Tak boleh nak salahkan kami sebab waktu masih awal ketika kami sampai di sana, belum lagi masuk pukul 4 petang. Mereka yang salah sebab tutup pejabat awal sangat.
Begitulah hari pertama perjalanan kembara Malaysia kami menuju ke dalam hutan. Aku akan sambung lagi cerita seterusnya yang aku rancang untuk buat beberapa siri berdasarkan rakaman gambar yang aku ambil dalam program lari masuk hutan kali ini. Sila layan bebarapa keping gambar perjalanan pada hari pertama yang aku lampirkan di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !