Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

15 July 2012

Kembara Malaysia masuk hutan berangkat balik

  Ano Nyme       15 July 2012
Kawasan kami berkhemah sudah bersih. Geng motor masih ada
yang tinggal belum bertolak balik ketika
kami meninggalkan hutan
Hari ahad adalah hari terakhir kami kembara Malaysia masuk hutan. Kami bangun awal pagi solat subuh dan terus kemaskan khemah. Kumpulan pemburu handalan perlu segera pulang kerana ada yang terpaksa report duty pada hari ahad itu, jadi mereka 5 orang bertolak keluar awal pagi meninggalkan kami yang tidak ada apa-apa untuk dikejar pada hari ahad itu. Pagi tu kami yang tinggal makan maggi goreng dan ratah telur dadar untuk apa saja bekal yang tinggal. Memang semua bekalan yang kami bawa ngam-ngam sampai hari ahad.


Selepas makan, kami bersihkan semua sampah-sampah dan masukkan dalam plastik untuk dibuang diluar nanti. Kami dah jadi pencinta alam sekitar walaupun ada pembunuhan ikan-ikan sungai berlaku dan sepatutnya adalah satu kesalahan jika dilakukan pada hutan simpan kekal namun kami ambil ikan dewasa untuk makan.

Salah seorang abang dari kumpulan motor cross yang datang semalam datang berbual dengan kami. Dari ceritanya dia nampak macam tahu segala kawasan di situ. Katanya tempat itu baru di 'bom' oleh pemburu ikan yang tamak untuk mengambil ikan dari dalam sungai. Itu kerja yang memang tak patut sebab dengan bom, habis kesemua anak-anak serta zuriat ikan akan mati. Kalau aku tahu siapa yang buat macam tu aku akan pergi tebang pokok rambutan depan rumahnya untuk mengambil hanya setangkai buah rambutan, baru dia tahu apa rasanya buat kerja bodoh sebegitu.

Singgah makan goreng pisang di Kuala Pilah, trafik jem panjang
walaupun baru di Kuala Pilah, belum masuk KL lagi
Selesai kemas dan mandi buat kali terakhir, kami beransur pulang pada waktu tengahari. Sekejap saja kami sampai ke Bahau dan makan tengahari masak lemak cili api berhampiran stesen bas Bahau. Oklah jugak rasanya sebab lapar. Begitulah sedikit pengalaman aku bersama kawan-kawan lari masuk hutan. Jika ada yang berminat untuk menyertai kami selepas ini boleh hubungi Hero Yusri di no 018-2761 629 dia boleh jadi tour guide serta tukang masak dalam hutan nanti.

Bagi mereka yang memang dah kaki masuk hutan pulak, kalau mahukan khidmat juru gambar serta penulis kembara buat liputan ekspedisi anda, sila hubungi saya di 019-226 0807, saya sedia ikut serta, any day! any time!.
logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kembara Malaysia masuk hutan berangkat balik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !