Aku ambil gambar ni masa subuh dah nak habis. Istimewanya sungai ni adalah dasarnya semua batu pejal dan bukan pasir lada, tapi jaga-jaga sebab terlalu licin! |
Sambungan daripada kembara Malaysia masuk hutan malam pertama sebelum ini...
Makan dah selesai. Semua kenyang perut melepak di bawah khemah pusat sambil membalut rokok daun dan menghirup kopi panas. Dalam hutan begitu apa sangat hiburan yang ada melainkan bersembang, balut rokok daun dan minum kopi panas, itu dah kira cukup sempoi.
inipun masa subuh |
Kami bertiga pergi melentangkan bada di bawah khemah. Ada yang mandi menyegarkan badan dan ada yang sambung memancing. Aku hanya terlentang layan jiwa dan sebenarnya tak ada apapun yang aku fikirkan. Layan punya layan sampai dah lewat malam. Ramai yang dah berdengkur termasuk tuan punya Pajero yang aku tumpang sebelah aku. Dia dah berdengkur sayu sedangkan aku dan Tokeh Era Muslimah masih tak dapat pejam mata.
ini juga masa lewat subuh |
Kalau nak diikutkan aku berada di tengah sekali jadi tak ada apa yang perlu aku takutkan. Kesan pengalaman jadi scout masa sekolah dulu membuatkan aku yakin kalau dalam hutan begitu, sekurangnya 2 orang mesti berjaga bergilir-gilir demi kesihatan. Aku tengok cerita Merlin ketika askar berkhemah dalam hutan juga amalkan benda yang sama. Jadi mungkin sebab itu aku macam tak mahu lena.
Atau mungkin aku terbayangkan Gajah muncul di sebelah kiri aku lalu mengamuk pijak kawan aku yang berdengkur sayu tu. Atau mungkin seekor rimau menerkam salah satu khemah yang ada di situ. Segalanya mungkin belaka dan aku tak mahu menyesal kemudia nanti. Rupanya kawan aku juga sama, dia tak dapat tidur. Akhirnya kami bangun pergi ke dapur dan masak maggi mee dan juga jerang air untuk buat kopi. Malam itu kami tak tidur sehinggalah ke subuh....tapi tak apa sebab esok bukannya nak pergi kerja, kami boleh tidur bila semua orang lain dah jaga.
Selepas solat subuh dan ambil sedikit gambar sungai aku terus tidur tak seda5r dir sehinggalah tengahari. Pagi itu sehingga aku bangun, aku dah terlepas makan jemput-jemput ikan bilis, bihun goreng dan juga nasi goreng. Aku hanya makan roti Gardenia 4 keping disapu planta dan ditaburkan gula. Kenyang dan memang sedap!.
Hari tu ada tangkapan hebat yang dilakukan oleh para pemnembak ikan. Ikan kelah yang haganya mahal dipasaran berjaya diberkas. Nampaknya aku berpeluang makan ikan kelah hari itu. Tak sia-sia aku masuk hutan. Kalau korang nak tahu berapa harga ikan kelah korang boleh tanya mana-mana restoran yang menyediakannya. Banyak lagi ikan lain yang ditangkap dan memang setiap kali geng penembak naik darat mereka pasti bawa berkilo ikan untuk kami buat lauk.
Satu lagi berita baik dan mengejutkan hari itu adalah para penyelam dengan selamba memberitahu mereka melihat kesan tapak harimau yang baru turun dari hutan sebelah sungai, menygeberangnya dan naik ke darat semula di sebelah darat yang kami berkhemah! Besar tapak kaki pak belang tu sama saiz dengan tapak tangan kami. Aku dah mula bayang kaki kuat Maybank (itu yang mereka namakan bila ada dalam hutan) tu menampar mangsanya, menakutkan!
Kami terpaksa keluar agak jauh membawa gaji karan untuk menggaji pokok balak tumbang bagi dijadikan kayu api. Unggun besar perlu dinyalakan malam itu demi keselamatan. Aku dan 2 lagi kawan juga buat keputusan untuk pasang khemah iglu lain di depan unggun api. Tak payahlah kami tidur di tempat lalauan binatang buas di bawah, takut tak boleh lena sekali lagi malam nanti.

tembak ikan ke bro.. best tu.lokasi? nk join
ReplyDelete