Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

14 July 2012

Kembara Malaysia mengendap orang asli mandi !

  Ano Nyme       14 July 2012
Jika anda belum baca siri kembara Malaysia di dalam hutan ini, boleh baca beberapa siri yang disertakan dengan gambar-gambar menarik. Sila jenguk dulu tajuk-tajuk di bawah:
Pagi hari akhir aku kembara Malaysia masuk hutan, aku bersama seorang rakan menyusur sungai untuk merakamkan kalau-kalau ada gambar pemandangan yang menarik. Aku tak berapa berani pergi jauh-jauh takt terserempak dengan pak belang.


Tak jauh berjalan aku terlihat kelibat seseorang sedang mandi dalam sungai lalu aku merangkak perlahan-lahan menghalakan kamera Nikon D7000 dengan kit lens 18-135 yang aku bawa. Aku zoom perlahan-lahan dan merakamkan beberapa keping gambar pemuda itu sedang mandi.


Jarang ada orang asli di dalam hutan negara kita bertubuh besar seperti orang yang aku lihat itu. Aku menunggu dan masih merakamkan gambar tanpa disedarinya Aku lihat dia mengambil sesuatu dari dalam beg plastik yang dibawanya...rupanya dia mengeluarkan berus gigi, meletakkan ubat gigi lalu menggosok gigi. Wah! hebat orang asli ni, menjaga kebersihatan mulut.

Begitulah imaginasi aku ketika merakamkan gambar yang aku paparkan ini. Orang yang dalam gambar itu adalah salah seorang pemburu handalan kami yang sering membekalkan ikan setiap kali mereka turun menembak ikan di dasar sungai. Namanya Chop dan dia bukanlah orang asli, tapi rambutnya yang panjang dan kerinting nampak dari jauh macam orang asli...harap dia tak marah jika membaca entry ini...hehehe


logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kembara Malaysia mengendap orang asli mandi !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !