Sekali lagi aku pi Langkawi. Kali ini tak balik hari, aku bermalam di sana satu hari. Kami pergi seramai 4 orang pada hari Rabu pagi bertolak dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Perlis untuk naik feri menuju ke langkawi. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah kedai kopi di Kawasan Tun Mahathir. Nampak ketara betapa tak majunya kawasan tersebut, tapi aku suka suasana lama begitu, ada nilai kekampungan yang nyaman.
Kenapa aku kerap pergi Langkawi semenjak dua menjak ni? Aku sebenarnya ada projek luar biasa di sana. Kalau kat darat orang minta tanah TOL untuk diusahakan. Kalau tak ada tanah kat darat nak buat macam mana pulak?. Aku bukannya minta tanah TOL kat darat di Langkawi, tapi aku minta kawasan laut untuk ditambak. Panjang prosessnya entah aku sempat tengok projek tu berjalan semasa aku hidup tak dapat dipastikan. Gambar kat bawah ni adalah kawasan yang aku minta untuk ditambak. Luasnya adalah 200 ekar! jenuh cari pasir untuk ditambak menjadi darat. Aku nak cari developper untuk bina pembangunan mewah 7 bintang kat sini!
Dalam projek tu aku terpaksa membina sungai buatan bagi laluan para nelayan yang mahu pergi dan balik ke laut. Aku dapat tahu para nelayan suka dengan cadangan tersebut kerana ini dapat menyelamatkan mereka daripada terdedah kepada bencana ribut, air pasang teruk lain-lain jika adanya tambakan pada kawasan itu.
Sebelum ini aku ada bercerita pada seorang kontraktor kelas A di KL tentang tanah yang aku minta untuk ditambak di Langkawi tu, tapi aku dengar syarahan daripadanya sepanjang lebih dari sejam tanpa henti bagaimana projek itu akan gagal dan sebab apa aku tak akan berjaya dengan projek tersebut. Aku dengar sambil menangis teresak-esak menyesal menjadi orang yang tak beruntung kerana memohon tanah itu. Namun aku paham ciri-ciri seorang kontraktor amat berbeza dengan developper.
Kontraktor tu kerjanya nak buat untung cepat dengan membina apa yang orang suruh bina, jadi dia akan goreng kuat memberikan alasan kenapa developper perlu membayar mahal padanya, biasanya alasan yang diberikan adalah betapa susahnya projek yang mahu dibina. Jadi bila kontraktor kelas A tu bersikap begitu pada aku tidaklah menghairankan aku.
Sebaliknya seorang developper pula adalah seorang 'dreamer'. Dia melihat jauh apa yang orang lain tak lihat sejak sesebuah tempat itu hanyalah sekadar tanah kontang atau hutan banat lagi. Sebab itu untuk projek sebegitu aku perlu mencari dreamer, barulah dia tak akan berikan syarahan kenapa aku akan gagal sebaliknya dia akan berikan syarahan macam mana aku kena buat untuk menjayakan projek tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !