Sejak zaman sekolah dulu, antara arahan yang paling dibenci adalah disuruh baca buku. Rasa kembang telinga bila dengar orang suruh buat perkara itu.
Tabiat tersebut dibawa sampai ke tua selepas tamatnya sekolah. Sampai sekarang ramai yang masih tak ubah sikap tak suka baca buku. Sedangkan amalan membaca sangat baik.
Tak pernah saya jumpa orang yang suka membaca, tidak berjaya dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya mereka yang kaki membaca tak akan jadi peminta sedekah dan hidup mengharapkan belas kasihan orang.
Biasanya mereka yang suka membaca berfikiran luas, terbuka dan mempunyai banyak maklumat. Lebih-lebih lagi mereka yang mempelbagaikan buku bacannya.
Majoriti orang yang mula membuat perubahan positif dalam hidup mereka adalah mereka yang mula membaca buku motivasi.
Bukan sebab buku yang mereka baca itu bagus. Tapi sebab tidak ada orang yang akan membeli buku motivasi lalu membacanya melainkan orang itu sudah ada idea untuk berubah dan memajukan dirinya kepada keadaan yang lebih baik.
Buku motivasi yang dibaca itu hanya sekadar mengambil kesempatan meningkatkan lagi semangat ingin berubah saja.
Ringkasnya tak ada benda tidak berfaedah, yang akan berlaku jika anda jadi kaki membaca.
Jadi kaki membaca, khatam Tafsir Quran
Ramai orang yang rajin baca Quran. Siap berlagu merdu lengkap kemas sebutan dan tajwidnya. Tapi dia baca berlagu macam tu saja tanpa faham.
Kalau nak faham kena buka tafsir Quran.
Tapi tak ramai yang akan buat begitu. Tak ada orang yang akan berjaya baca tafsir Quran dari mula sampai habis melainkan dia seorang yang suka membaca.
Oleh itu jika kita mahu menjadi seorang muslim yang menjadikan Al-Quran sebagai buku bacaannya yang sering dibaca, terlebih dulu kita perlu menjadi kaki baca.
Berikut beberapa petua ringkas untuk jadi kaki baca:
Buang sikap malu takut apa orang akan kata
Perlu ada buku dalam rumah
Pastikan buku yang anda minat
Baca buku sebelum tidur
Buat sampai sebati
Jika anda amalkan amalan yang saya sebut di atas, tabiat membaca akhirnya menjadi kerja rutin yang dilakukan tanpa perlu difikirkan lagi.
Bila sikap membaca dah ada, lambat laun anda mula bina sikap menghayati apa yang anda baca dan akhirnya anda akan ketagihan membaca dan tak dapat menahan untuk membeli kesemua buku yang bagus dan menarik.
Bila anda dah sampai ke tahap itu pastikan ada sebuah buku dalam kereta setiap kali memandu. Anda boleh belek sedikit bahan bacaan tersebut setiap kali terpaksa berhenti di depan lampu trafik merah.
Anda juga perlu selitkan buku dalam beg. Ini boleh digunakan bila anda terpaksa menunggu orang dalam temujanji atau ketika beratur membayar bil di bank dan lain-lain seumpamanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !